Kucing Ini Sangat Popular Di Internet Sehingga Memiliki Pengikut Di Instagram

Kucing Ini Sangat Popular Di Internet Sehingga Memiliki Pengikut Di Instagram

Mungkin ramai di antara kita yang tertanya-tanya, siapakah Hosico ini? Mengapa namanya sangat popular di internet?

Baiklah, secara ringkasnya, Hosico merupakan kucing baka Scottish Straight yang menetap bersama tuannya di Moscow, di mana di situlah bermulanya kehidupannya yang penuh glamor. Apa tidaknya, Hosico berjaya mengumpul seramai 1.4 juta pengikut di Instagram!

Keluarga yang membela Hosico sememangnya merupakan pencinta haiwan. Mereka sekeluarga sangat sukakan haiwan. Di rumah mereka turut mempunyai beberapa ekor kucing, anjing dan ikan.

Siapa sangka pada mulanya Hosico yang digelar ‘anak kucing emas’ ini dipenuhi kutu di badannya. Namun, setelah dirawat, Hosico mula mendapat perhatian di media sosial di seluruh dunia.

Gambar Hosico ketika kecil (tahun 2014) dan kini (tahun 2019)

Menurut pemiliknya, dia mula berkongsi foto-foto kucingnya itu di internet pada mulanya kerana berasa Hosico sangat comel dan kelakar. “Hosico menjadi popular kerana bulunya yang gebu dan comel. Ada yang memanggilnya ‘si pipu gebu’.

Seperti kucing yang lain, hobi Hosico juga adalah sama iaitu makan, tidur dan bermain. Apabila tiba waktu untuk berehat, kadang kala Hosico akan mula masuk ke dalam dan tidur di situ. Jika dia tidak berehat, dia akan bermain permainannya walaupun Hociso cepat bosan dengan permainannya.

“Dia hanya sukakan permainan baru dan akan mula bosan dengannya setelah seminggu”, jelas tuannya. Mainan yang menjadi kegemarannya adalah seperti tali kasut, ranting kayu, bola tenis dan kertas. Hosico lazimnya dikelirukan dengan watak popular Puss in Boots dalam filem Shrek dan juga peminat lasagna terkenal, Garfield.

Sumber: ERA BARU

2