Kucing Ini Selalu Melompat Apabila Melalui Kawasan Ini

Kucing Ini Selalu Melompat Apabila Melalui Kawasan Ini

Rupa-rupanya, haiwan juga mempunyai tabiat mereka yang tersendiri dan ada kalanya ia kelihatan pelik di mata kita. Seperti kucing dalam video di bawah. Bagi peminat kucing, aksi binatang yang comel ini pasti akan menghiburkan hati.

Kucing ini menganggap lantai dapur rumahnya adalah perkara yang paling menakutkan. Setiap kali ia mahu berjalan keluar dari dapur, apabila tiba di hadapan pintu, ia akan melompat secara tiba-tiba.

Apabila tuannya perasan tabiat pelik kucingnya itu, dia cuba untuk menjadikan tabiat pelik kucingnya itu sesuatu yang menyeronokkan dengan meletakkan halangan di hadapan tempat yang ‘menakutkan’ itu. Hanya untuk melihat setinggi mana ia boleh melompat.

Pelbagai halangan yang diletakkan dan nampaknya halangan-halangan tersebut berjaya ditempuhi oleh kucingnya itu. Ia berjaya melompat melepasi kesemua halangan yang diletakkan. Halangan yang diletakkan adalah meja, kerusi, kasut, mainan, kusyen, tin dan bermacam lagi. Selain itu, tuannya juga pernah menjadi sebagai halangan dengan berbaring di lantai dan kucingnya berjaya juga melepasinya.

Lompatannya itu membuat semua orang terhibur apabila melihatnya, terutamanya ‘ibunya’.

Sumber: ERA BARU

1