Kucing Ini Selalu Mengintai Tuannya Ketika Berbuat Kerja

Kucing Ini Selalu Mengintai Tuannya Ketika Berbuat Kerja

Kehadiran binatang peliharaan di dalam rumah sememangnya dapat menceriakan lagi isi rumah. Mana tidaknya, setiap satu binatang ini lazimnya mempunyai sisi sikap mereka yang unik dan kadang-kala sangat menghiburkan kita.

Misalnya, kucing yang akan anda temui menerusi entri ini. Jika dilihat dari paras wajahnya, ia kelihatan seperti seekor kucing yang bernama Suzumaro ini tidak jinak dan mungkin akan mencakar sesiapa sahaja yang mendekatinya. Tetapi, rupa-rupanya, ia merupakan seekor kucing yang sangat jinak dan seringkali ‘menagih’ perhatian pemiliknya pada setiap masa!

Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun, gambar-gambar yang comel dan melucukan ini telah membuktikan betapa si kucing ini begitu akrab dengan pemiliknya sehingga ia tidak mahu berjauhan apatah lagi tidak mendapat perhatian pemiliknya! Comel!

Ini yang terjadi apabila pemilik kucing ini mahu melakukan kerja dengan menggunakan komputer ribanya. Nampaknya ‘seseorang’ sudah mula cemburu dan mahukan dirinya menonjol!

“Berani kamu cuba untuk mengalihkan saya?”

Pada musim panas, pemilik kucing yang garang ini mahu menggunakan kipas ini dan cuba untuk membukanya melalui penggunaan alat kawalan jauh. Tetapi, setelah beberapa kali menekan butang, kipas ini masih belum berfungsi. Dan, apabila dilihat ke arah kipas, rupa-rupanya kucing kesayangannya ini sedang menghalang ‘sensor’ kipas itu. Melihat dari riak wajahnya, ia mungkin sengaja melakukannya…

Pada setiap pagi, kucing ini tidak pernah terlupa untuk ‘beristirehat’ di atas beg pemiliknya agar pemiliknya dapat keluar berkerja lebih lambat dari biasa. Nakal!

“Mahu memasak menggunakan periuk nasi? Tidakkah kamu melihat saya berada di dalamnya?”

Ya, cuti musim panas sememangnya sesuai untuk sesi membaca buku, bukan? Cubalah ambil satu buku di sini.

Akhirnya, pemilik kucing ini berputus asa dan mula mencari buku yang lain. Namun, pengakhirannya tetap sama…

Kasihan si pemilik kucing ini, dia hanya dapat mendengar muzik sahaja, kucing yang garang ini semestinya tidak akan membenarkannya melakukan lebih dari itu.

Nakal sekali kucing ini bukan? Tetapi kami tidak dapat menolak satu fakta iaitu kucing ini sememangnya sangat comel! Walaupun ia sentiasa kelihatan garang dan sukar didekati, namun kami pasti ia begitu akrab dan manja dengan pemiliknya. Jika tidak, gambar-gambar ini pasti tidak akan muncul, bukan?

Kongsikan bersama rakan anda, siapa tahu jika mereka juga mempunyai binatang peliharaan mirip kucing ini juga!

Sumber: ERA BARU

 

1