Kucing Ini Tak Mahu Melepaskan Pelukan Kepada Lelaki Ini Setelah Diselamatkan

Kucing Ini Tak Mahu Melepaskan Pelukan Kepada Lelaki Ini Setelah Diselamatkan

Seekor kucing dijumpai dengan keadaannya kepalanya yang ters4ngkut pada tin di sebuah pusat edaran kereta di Timur Oklahoma menyebabkan kucing berkenaan berasa cem4s dan mengiau agar diselamatkan. Hal ini membuatkan seorang lelaki di pusat edaran kereta berkenaan segera melepaskan kepala kucing yang tersangkut itu. Syukurlah kucing tersebut berjaya diselamatkan.

Brian Sheppard merupakan individu yang mengoperasikan pusat berkenaan tahu bahawa ada sesuatu yang berlaku selepas diberitahu oleh pekerjanya. Dia kemudian mencari punca bunyi terbabit.

“Saya keluar daripada pejabat untuk mencari namun tidak tahu lokasi sebenar. Sejurus sahaja waktu pulang, saya kemudian menemuinya di bahagian belakang. Dia kemudian menghampiri dan melepaskan kepala kucing malang tersebut. Brian kemudian masuk ke pejabat dan mengambil ayam yang tidak dimakannya pada waktu tengah hari dan memberikannya pada kucing tersebut.

“Saya mencarikkan isi ayam dan menyuapnya makan kerana ia kelihatan sedang dalam kelaparan,” kata Brian. Brian juga percaya bahawa kucing tersebut dimiliki oleh seseorang. Namun, 2 hari selepas kejadian itu berlaku, kucing tersebut datang semula.

“Saya ke kedai berhampiran untuk membeli makanan, mangkuk makanan, pasir kucing dan tempat tidur. Apabila saya pulang, kucing berkenaan seperti menyambut kepulangan saya di pintu, saya kemudian memberinya makan. Semasa kucing itu sedang makan, saya perasan bahawa kucing tersebut sebenarnya merupakan seekor ibu kucing yang masih lagi menyusukan anaknya.”

Sebagai seorang pencinta haiwan, Brian tahu bahawa dia tidak boleh membawanya kerana anak kucing berkenaan pasti sedang menunggu ibu mereka pulang. “Apabila kucing itu selesai diberi makan, saya meletakkan makanan, mangkuk air untuknya di belakang premis saya, selain sebuah kotak dilengkapi dengan tuala sebagai tempat tidurnya dengan harapan bahawa kucing berkenaan akan membawa anak-anaknya ke situ,” jelas Brian lagi.

Ibu kucing tersebut diberi nama Sophie. Seminggu selepas itu, Brian menemui Sophie di sebuah rumah berhampiran dengan premis kedainya. Namun, Sophie masih lagi melawat kedainya dan meluangkan masa dengannya.

“Sohie akan datang ke pejabat saya, jumpa bekas makanan dan minumannya lalu makan. Dia jumpa tempat tidur yang saya beli untuknya dan akan tidur di dalamnya. Sophie akan tidur di sana ketika saya perlu melayan pelanggan. Saya letakkan tempat tidurnya di bawah meja saya agar Sophie masih lagi dekat dengan saya di saat saya sibuk,” tambah Brian.

Di penghujung November, Brian ke rumah seorang lelaki yang juga pemilik Sophie dan bertanya tentang Sophie. Pada ketika itulah, dia melihat dua ekor anaknya. Brian ditawarkan untuk membela mereka kerana lelaki itu tidak berminat untuk membela dan menjaganya. Ini kerana anak perempuan kepada lelaki itulah yang mahukan Sophie. Brian memutuskan untuk menunggu sahaja saat sesuai anak perempuan lelaki tersebut berkenaan bersedia melepaskan Sophie.

“Saya tidak mendapat khabar daripada lelaki itu dan tidak berjumpa dengan Sophie selama seminggu,” jelas Brian. Dia beranggapan bahawa mereka mahu terus membela Sophie.

Suatu petang, ketika Brian sedang mahu menutup premisnya, dia ternampak seekor kucing yang sangat dikenalinya sedang duduk di atas alas kaki di depan pintu premisnya. “Saya sedang bersiap untuk menutup premis dan saya lihat Sophie bersama dua ekor anaknya. Sophie membawa anaknya kepada saya – sumber makanan mereka,” katanya. Dia kemudian membuka semula pintu kedainya dan Sophie laju sahaja memasukinya. Sophie dengan pantas masuk dan mula makan. Brian pula sedang duduk dan memanggil anak-anak Sophie dan kedua-dua anak Sophie kemudiannya mula datang menghampirinya.

Mereka tidak begitu teruja namun agak nakal dan aktif, “Saya membawa mereka masuk. Akhirnya, dapat juga saya membela mereka.” Kedua-dua ekor anak Sophie berkenaan sudah menjumpai tuan baharu iaitu seorang pekerja Brian juga, dan Brian sendiri menawarkan untuk membayar kos pembedahan mengembirikannya. Brian fikir bahawa Sophie sangat memerlukan rumah baharu dan dia kemudian berbincang dengan isterinya yang mempunyai alahan teruk. Brian berkata bahawa dia sangat sayangkan Sophie, lalu menyebabkan isterinya berkata, “Kita boleh cuba membelanya dirumah.”

Ternyata ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana isterinya mengalami alahan, namun keadaan semakin bertambah baik sekarang. Sophie sudah menjadi sebahagian daripada keluarga berkenaan. Kini, sudah hampir setahun lebih sejak Brian menjumpai Sophie. Keadaan Sophie juga sudah semakin sihat dan gembira kerana disayangi oleh keluarga berkenaan. “Walaupun saya tidak mampu mengubah hidup kesemua kucing jalanan, namun Sophie telah mengubah hidup kami sama seperti kami mengubah hidupnya. Sophie akan mengekori ke mana saya pergi, termasuklah ke bilik air,” akhiri lelaki penyayang tersebut.

Sumber: ERA BARU

 

 

2