Kucing Ini Tertidur Kepenatan Setelah Penat Buat Projek Malam Tadi

Kucing Ini Tertidur Kepenatan Setelah Penat Buat Projek Malam Tadi

Apabila makhluk bernyawa kepenatan, sudah tentu mereka memerlukan rehat. Jika manusia, mereka akan mencari tempat tidur seperti di katil atau kerusi panjang. Manakala bagi kucing, jika tidak mempunyai tempat tidur disediakan untuknya, maka dia akan suka tidur di atas kereta, seperti kucing belang kelabu coklat ini.

Rakaman video menunjukkan seekor kucing belang kepenatan sedang tidur dengan gaya dan aksi terlentang yang comel dan menggelikan hati di atas bonet sebuah kereta. Mungkin suhu sedikit sejuk, maka belakang badannya akan terasa hangat dan selesa jika tidur di situ.

Apabila melihat kucing belang itu tidur terlentang, pemilik kereta ini memanggil nama kucing yang sedang terlena. Mungkin kerana sedang sedap tidur, maka dia tidak sedar langsung dengan panggilan itu.

Kemudian pemilik kereta menyentuh kucing belang ini dengan tangannya dan menyuruhnya bergerak. Dia terbangun dengan wajahnya yang terpisat-pisat, lalu berganjak meninggalkan bonet kereta.

Kasihan kucing belang ini. Dia kepenatan dan mahu tidur lagi sebenarnya. Apa pun, gayanya tidur di atas bonet kereta itu amat comel dan melucukan. Tidak ubah seperti manusia.

Sumber : ERA BARU

1