Kucing Jantan Ini Sangat Gembira Apabila Mendapat Seekor Anak Angkat

Kucing Jantan Ini Sangat Gembira Apabila Mendapat Seekor Anak Angkat

Anak kucing jalanan yang ditemui berjalan bersendirian di jalanan telah diselamatkan dan dibawa bertemu dengan seekor kucing jantan berwarna putih. Ketika kucing putih itu melihat anak kucing yang lemah itu dia segera memeluk anak kucing itu dan telah membuat anak kucing itu sebagai anak angkatnya. Pelik tapi itulah yang terjadi masih ada kucing jantan berhati mulia dan berhati penyayang.

Minggu lepas, Klinik Nova menerima pesakit merupakan seekor anak kucing berusia sastu hari yang dalam keadaan sangat kritikal. Dia ditemui sendirian di jalanan.

Sukarelawan daripada Animal Welfare League Of Arlington bertungkus lumus cuba untuk menyelamatkan anak kucing itu. Keadaannya yang sangat kritikal telah mendesak mereka membawa ke doktor pakar yaitu ELLEN CAROZZA dia seorang pegawai FELINE LICENSED VETERINARY TECHNICIAN.

Selepas mereka membawa kucing tersebut masuk, mereka meneliti keadan kucing itu dan memberi antibotic untuknya. Dia underweight dan hanya boleh makan menggunakan tube.

Sebagai seekor kucing yang yatim piatu, dia sentiasa mencari sesuatu yang memberinya kehangatan terutama sentuhan daripada manusia.

Walaupun hanya seberat 71 gram sahaja, dia memiliki hati seorang pahlawan dan tak berniat untuk menyerah kalah dalam kehidupan.

Ellen membela seekor kucing yang digelar sebagai Benny yang merupakan seekor kucing jantan berwarna putih. Pertama kali benny bertemu dengan adora dia terus mencium kucing terbabi dan membiarkan kucing itu merapatkan wajahnya ke mukanya.

Anak kucing itu telah diletakkan di dalam inkubator demi merawat penyakitnya, tapi ini tak bermakna benny perlu berhenti daripada menyayanginya. Dia tidur di hadapan inkubator dan memerhatikan keadaan anak kucing itu sepanjang malam.

Apabila saya pulang ke rumah, benny terus merapati saya kerana dia tahu saya ingin mengeluarkan anak kucing itu daripada inkubator.


Lihatlah wajah gembira Benny melihat anak kucing itu, adakah kucing anda pun melakukan perkara sama bila ada kawan baru dalam rumah?

4