Kucing Mampu Mengumpul 60 Ribu Pengikut Dengan Hanya Bermalas Malasan

Kucing Mampu Mengumpul 60 Ribu Pengikut Dengan Hanya Bermalas Malasan

Mari kami perkenalkan kepada anda seekor kucing yang sangat comel dari Jepun ini.

Kucing berbaka Scottish fold ini bernama Ura-chan dan sudah berumur 20 tahun! Walaupun dengan umurnya yang sudah lanjut, namun kucing ini masih tetap comel dan membuatkan semua yang melihatnya berasa gembira.

Ura-chan paling gemar berbaring di atas lantai dan percayalah, walaupun dengan hanya gayanya yang bersahaja, Ura-chan tetap mampu kelihatan sangat comel!

Walau bagaimanapun, pemilik Ura-chan menyatakan bahawa sikap kucingnya yang sentiasa kelihatan bermalas-malasan itu sebenarnya disebabkan oleh kegagalan buah pinggang kronik yang dihidapinya. Oleh sebab itulah pemiliknya akan sentiasa ada bersamanya untuk menjaga setiap keperluan kucing kesayangannya itu.

Pemilik Ura-chan pastinya maklum tentang rupa kucingnya yang sangat comel, oleh sebab itulah Ura-chan kini sudah mempunyai lebih daripada 60,000 peminat dari serata dunia dalam akaun laman sosial yang dicipta khas buatnya.

Mari saksikan telatah comel Ura-chan. Kami pasti anda akan cair hati melihatnya!

Comel sungguh bukan kucing ini? Adakah anda juga punyai kucing yang comel dan mempunyai keletah yang sama dengan Ura-chan?

Sumber: ERA BARU