Kucing Ni Panjat Tinggi-Tinggi Nak Petik Buah Kelapa Ke?

Kucing Ni Panjat Tinggi-Tinggi Nak Petik Buah Kelapa Ke?

Kadang rasa pelik dengan perangai kucing, mereka suka memanjat tinggi-tinggi tanpa takut tapi bila tengok bawah terus gayat tak boleh nak turun sehingga menyusahkan tuannya sendiri.

Sepasukan anggota bomba dikerah untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas pokok kelapa setinggi sembilan meter di Kampung Ketapang Hilir, Pekan, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.04 pagi daripada seorang penduduk kampung.

Katanya, ketika menerima laporan sebuah jentera dengan empat anggota bomba terus bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, mereka segera memanjat untuk menyelamatkan seekor kucing terperangkap di atas pokok kelapa berdekatan rumah penduduk.

“Bomba telah menggunakan tangga untuk mendekati kucing ini yang berada pada ketinggian kira-kira sembilan meter dan berjaya dibawa turun dengan selamat.

“Mujur kucing ini yang dipercayai sudah beberapa jam berada di atas pokok tidak bertindak agresif dan mudah menangkapnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kucing itu berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada penduduk kampung yang turut berada di lokasi. “Operasi tamat pada jam 11.49 pagi,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO

1