Kucing Ni Tercegat Depan Pintu Sebab Nak Hadiahkan Nasi Bungkus

Kucing Ni Tercegat Depan Pintu Sebab Nak Hadiahkan Nasi Bungkus

Majoriti manusia sangat sukakan haiwan dan sanggup memelihara haiwan seperti kucing, burung, arnab mahupun anjing. Hal ini demikian kerana memelihara haiwan di rumah mampu membuatkan suasana menjadi lebih ceria dan tidak lagi sunyi.

Kucing misalnya merupakan haiwan yang disayangi ramai kerana rupanya yang comel, keletahnya yang lincah, jinak serta manja!

Baru-baru ini, seorang netizen dikenali sebagai Effy telah mengongsikan satu kisah menarik tentang seekor kucing jalanan yang dipeliharanya. Menurut Effy, kucing betina berbulu jingga yang dinamakan sebagai Mama itu seringkali membawa pulang ‘hadiah’ istimewa ke rumah.

Namun kali ini, hadiah yang dibawa oleh Mama membuatkan kucing ini menjadi bintang sensasi internet setelah rata-rata netizen amat terhibur dengan gelagat si Mama yang comel ini.

Tweet berkenaan mengundang pelbagai reaksi melucukan daripada netizen. Ada yang berpendapat kucing tersebut sebagai pembawa rezeki dan ada juga yang membuat jenaka lucu mengenainya.

Dalam tweet tersebut, Effy yang menjalankan perniagaan ‘hotel kucing’ bernama Whims Cat Emporium di Kuantan ada menyebut tentang hasratnya untuk memberikan vaksin, mendandan dan memandulkan Mama. Bagaimanapun, Effy tidak mempunyai bajet yang mencukupi.

Ekoran itu, ada seorang pengguna Twitter yang baik hati telah menawarkan bantuan untuk menanggung segala kos perbelanjaan bagi memberikan vaksin kepada Mama. Malah, netizen itu turut menyatakan niatnya adalah bagi tujuan bersedekah kepada kucing jalanan memandangkan dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Semoga Effy mendapat rezeki yang melimpah ruah kerana sanggup menjaga dan memelihara kucing jalanan seperti Mama. Bagi anda yang ingin bercuti tetapi tidak tahu di mana mahu meletakkan kucing anda agar terjaga dengan baik, boleh dapatkan perkhidmatan hotel kucing milik Effy.

Sumber: ERA BARU

1