Kucing Paling Besar Di Dunia Dikenali Sebagai LIGER

Kucing Paling Besar Di Dunia Dikenali Sebagai LIGER

Liger (lion+tiger) merupakan haiwan yang dihasilkan daripada penyemaian benih antara singa jantan dengan harimau betina. Walaupun berbeza spesies, kedua-dua haiwan ini berasal daripada gen yang sama iaitu Panthera.

Dr. Bhagvan Antle dari Santuari T.I.G.E.R.S yang bertapak di Pantai Myrtle, Selatan California telah berjaya menyatukan hubungan antara seekor harimau putih bernama Ivory dan singa putih bernama Saraswati.

Hasil daripada gabungan benih antara dua haiwan ini telah melahirkan empat anak liger putih yang pertama di dunia. Mereka kelihatan sangat comel sehingga membuatkan sesiapa yang melihatnya berasa geram!

Ivory dan Saraswati merupakan haiwan yang tinggal di Santuari T.I.G.E.R.S dan akan mengawan dari semasa ke semasa. Pasangan ini berada di bawah pengawasan pekerja dan hasil daripada perhubungan mereka adalah sangat menakjubkan!

Ini dia empat bayi kepada Ivory dan Saraswati: Yeti, Odlin, Sampson dan Apolo! Makhluk comel ini merupakan makhluk yang unik.

Memandangkan kini hanya terdapat kira-kira 1,200 harimau putih dan 300 ekor singa putih seluruh dunia, maka gabungan baka unik ini akan memeriahkan lagi kewujudan spesies mereka!

Liger dikenali dengan minat mereka terhadap air (daripada baka harimau) dan memiliki sifat kepimpinan yang berjiwa sosial seperti singa.

Bayi liger ini merupakan liger putih pertama yang dihasilkan dalam sejarah. Selain kelihatan sangat comel, baka mereka yang unik juga membuatkan mereka sangat istimewa. Lihat warna bulu mereka yang kekuningan di samping tompokan itu!

Menurut pengkaji, liger boleh membesar sehingga 10 kaki tinggi sebaik mencapai usia dua tahun. Mereka juga mampu mencapai berat maksimum sehingga 340kg!

Anda mungkin merasakan 340kg merupakan berat yang melampau bagi seekor haiwan tetapi ia sebenarnya merupakan berat yang normal bagi haiwan campuran ini.

Walaupun liger ini sangat besar dan boleh mengancam nyawa penjaganya, ia sangat manja. Tengoklah bagaimana dia meminum susu dari botol. Comelkan?

Namun, liger yang paling besar merupakan bapa saudara kepada anak-anak liger tersebut iaitu Hercules. Hercules kini memegang rekod sebagai kucing terbesar di dunia. Walaupun memiliki susuk tubuh yang gergasi, Hercules gemar bermain bersama penjaganya dan sangat menyayangi keempat-empat anak buah barunya di santuari tersebut.

Seperti kebanyakan haiwan campuran lain, liger tidak boleh membiak lebih dari sekali. Jadi, kemungkinan besar keempat-empat anak liger itu merupakan baka terakhir dalam keturunan mereka.

Walau apapun, mereka tetap comel dan mencairkan hati.

Sumber: ERA BARU

2