Kucing Pun Nak Beraya, Korang Dah Tempah Baju Raya ke?

Kucing Pun Nak Beraya, Korang Dah Tempah Baju Raya ke?

Kalau dah namanya kemeriahan raya, maka bukan manusia je sibuk beraya, kucing pun kalau boleh nak ikut sama. Nak lagi meriah, sarungkan sekali baju Melayu supaya kucing anda nampak segak di hari lebaran.

Ha! Itulah yang terjadi pada program Kemeriahan Aidilfitri Bersama Si Comei di Wangsa Maju, pada tahun lepas.

Beberapa ekor kucing telah menarik perhatian dengan kecomelan mereka memakai baju Melayu. Bagi pertandingan baju raya ini, duit raya akan di beri kepada 50 kucing pertama yang datang dengan memakai baju raya serta beraksi di pentas.

Bukan setakat berbaju Melayu, program ini turut ada kenduri makanan kucing ya. Kucing ini semua diberi makan bermula jam 12 tengahari hinggalah 2 petang. Banyak lagi pertandingan menarik termasuk pertandingan karaoke, kelas memasak, jualan barangan kucing dan lain-lain.

Difahamkan program berkenaan dianjurkan Kelab Kucing Malaysia (KKM) dan Facebook Dunia Kucing. Kalau rasa tak cukup melihat kecomelan kucing-kucing ini, anda boleh lihat banyak lagi gambar lain di Facebook Dunia Kucing.

Sumber: ROJAK DAILY

 

1