Kucing Pun Nak Sambut Hari Jadi Mereka

Kucing Pun Nak Sambut Hari Jadi Mereka

Demi kucing kesayangannya, Fatargh, penyanyi, Hafiz Hamidun bakal mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran pertama kucing itu pada 1 Januari, jam 2 petang di Catzonia Shah Alam.

Hafiz, 33, berkata, pada acara itu dia turut menjemput semua pengikut Fatargh di laman Instagram kucingnya untuk turut serta.

“Pada 1 Januari ini usia Fatargh genap setahun. Memandangkan dia ramai peminat dan pengikut, jadi saya bercadang nak buat sambutan hari jadi. Tidak menjangka pula perancangan ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya ingin meraikan Fatargh bersama kucing lain. Disebabkan itu, saya mempelawa semua pemilik kucing untuk turut hadir dengan kucing masing-masing bagi sama-sama memeriahkan acara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hafiz, acara ini terbuka kepada semua peminat namun perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu bagi memudahkan urusan dan perjalanan majlis.

“Dalam IG Fatargh banyak komen nak jumpa dan bergambar dengannya. Jadi, pada majlis ini saya beri mereka peluang.

“Saya juga sediakan ‘photo booth’, poster dan pelbagai aktiviti untuk tetamu yang hadir. Saya percaya, peminat kucing pasti suka dan seronok,” katanya.

Berkongsi mengenai kucing itu, Fatargh dihadiahkan oleh rakan Hafiz yang juga pakar Kucing British Shorthair, Wak Reja.

Sumber: HARIAN METRO

1