Kucing Terkejut Apabila Melihat Bayang-Bayangnya Sendiri

Kucing Terkejut Apabila Melihat Bayang-Bayangnya Sendiri

Bayang-bayang ialah tempat yang tidak kena sinar kerana terlindung oleh sesuatu benda. Bayang-bayang juga bermaksud lembaga gelap yang wujud pada suatu latar belakang kerana sesuatu benda menahan sinar daripada menembusinya. Apabila cahaya dihalang oleh sesuatu objek, maka terhasillah bayangan dari objek yang menghalang itu. Semakin kurang sumber cahaya semakin malap bayang-bayang tersebut.

Bagi kanak-kanak yang masih kecil, mereka menganggap bayang-bayang adalah satu lembaga yang menakutkan. Pasti anda pernah menonton video kanak-kanak kecil menangis kerana takutkan bayang-bayang bukan? Nampaknya bukan mereka sahaja yang takutkan bayang-bayang, haiwan seperti kucing dalam video ini juga takutkan bayang-bayang mereka sendiri.

Kucing-kucing itu menyangka bayang-bayang itu adalah kucing lain yang sering mengikut mereka ke mana sahaja mereka pergi. Mereka bukan sahaja cuba mengejar lembaga hitam tersebut malah cuba untuk mencakar dan menghalau lembaga tersebut tanpa mengetahui itu adalah bayang-bayang mereka sendiri.

Bermacam-macam ragam yang dilakukan oleh kucing tersebut apabila melihat bayang-bayang tersebut. Ada yang berpusing-pusing untuk mendapatkan bayang-bayang tersebut, ada yang terjatuh dan ada juga yang terhantuk pada perabot.

Keadaan menjadi kucar-kacir apabila kucing ini menjadi tidak keruan disebabkan kehadiran bayang-bayang tersebut. Tetapi apa boleh buat, itu adalah bayang-bayang mereka sendiri!

Sumber: ERA BARU

 

1