Kucing Terperangkap Selama 5 Tahun Akhirnya Berjaya Diselamatkan

Kucing Terperangkap Selama 5 Tahun Akhirnya Berjaya Diselamatkan

Pada tahun 2010, seorang lelaki telah melalui laluan stesen keretapi bawah tanah dan mendengar suara mengiau dari seekor kucing. Lelaki ini yang bernama Abdo telah mencari suara tersebut dan kemudian menyedari suara mengiau itu datang di sebalik dinding di stesen keretapi tersebut.

Abdo menyedari kucing ini telah tersesat dan memasuki lubang kecil yang terdapat di dinding tersebut dan tidak dapat meloloskan dirinya lalu telah terperangkap di sebalik dinding tersebut.

Abdo yang memiliki kedai di dalam stesen keretapi bawah tanah itu, telah cuba untuk mengeluarkan kucing tersebut dengan memikir untuk memecahkan dinding tersebut tetapi kemudian membatalkan niatnya apabila dikhuatiri ia akan merosakkan harta benda awam. Jadi, beliau telah membiarkan sahaja kucing tersebut di situ dan meneruskan misi dengan membela dan memberinya makan setiap hari selama 5 tahun.

Abdo telah menamakan kucing ini dengan nama Biso. Setiap hari beliau akan memasukkan makanan ke dalam lubang kecil itu di tepi dinding itu dan membiarkan Biso mengambil dan memakan makanan dan minuman yang diberikan Abdo setiap hari selama 5 tahun.

Kemudian pada satu hari, seorang pengguna keretapi telah melihat Biso menghulurkan ekornya di lubang kecil di celah dinding itu dan mengambil foto lalu menghantarnya ke Facebook.

Seorang aktivis haiwan bernama Mounira Shehata telah melihat foto tersebut. Beliau bersama aktivis lain telah menghubungi pihak berkuasa bagi menyelamatkan kucing yang telah lama terperangkap itu.

Mereka telah bertindak dan membuka dinding tersebut untuk menyelamatkan kucing tersebut. Apa yang didapati amat mengerikan. Menurut Mounira, setelah dinding itu dirobohkan, bau kurang menyenangkan datang dari lubang yang gelap itu yang berukuran 15 sentimeter lebar dan 4 meter panjang. Ia bagaikan sebuah lubang kubur yang menakutkan. Terdapat ulat berwarna hitam yang menggelikan di sepanjang laluan itu. Disitulah Abdo memberi dan meletakkan makanan Biso selama 5 tahun.

Selepas 5 jam, dinding itu telah dapat dipecah dan dialihkan cukup bagi mereka dapat memasuki laluan tersebut untuk mengeluarkan Biso. Setelah berada dalam lubang gelap selama 5 tahun, Biso berasa sangat takut untuk keluar sehingga pekerja penyelamat telah memasuki lubang tersebut untuk mengambil Biso.

Selepas diselamatkan, Biso telah melompat dan berlari dengan bebasnya setelah berada di sebalik dinding di stesen keretapi itu selama 5 tahun.

Lihat video Abdo memberi makan kepada Biso di bawah.

Sumber: Era Baru

3