Kucing Yang Bujang Jauh Lebih Comel Berbanding Yang Dah Berkahwin

Kucing Yang Bujang Jauh Lebih Comel Berbanding Yang Dah Berkahwin

Kucing adalah haiwan comel yang menjadi kesukaan kebanyakan manusia untuk dijadikan haiwan peliharaan. Namun begitu, kucing tidak terlepas daripada ingin berpasangan dan ini menyebabkan pemilik kucing tidak mampu kerana terlalu banyak zuriat yang dihasilkan sehingga bukan sahaja mencecah puluhan bahkan ratusan anak kucing.

Mem4ndulkan kucing adalah cara terbaik untuk mengawal kadar pembiakan kucing dan seterusnya dapat menjaga kualiti kesihatan anak kucing dengan lebih baik Selepas proses mengkasi atau mandul dilakukan, berat badan kucing jalanan akan bertambah dua hingga tiga kali ganda hingga membuatkan haiwan itu lebih comel selain manja dan mudah dijaga.

Imej kucing jalanan yang terbiar akan berubah apabila haiwan kesayangan itu berbulu panjang dan lebih menarik saiz badan yang besar hingga mencecah berat 15 kilogram (kg).

Bagi pencinta kucing, Isma Haryati Yahya, 33, berkata, dia tidak pernah memandang rendah terhadap kucing jalanan walaupun ia terbiar serta mengalami pelbagai masalah kesihatan kerana pembelaan sewajarnya perlu diberikan kepada haiwan berkenaan supaya terus hidup.

“Kurangnya kesedaran masyarakat terhadap usaha membela nasib kucing jalanan membuatkan haiwan itu terus berkeliaran dan terpinggir,” katanya.

Isma Haryati yang memiliki kedai barangan kucing Sookie’s Store di Tanjung Lumpur, di sini, berkata, dia kini memiliki 50 kucing jalanan yang comel dan mempunyai berat badan antara dua hingga 11kg.

Sumber: HARIAN METRO