Laut Menjadi Warna Merah, Kerana Banyaknya Paus Yang Di Bu Nuh

Laut Menjadi Warna Merah, Kerana Banyaknya Paus Yang Di Bu Nuh

Ikan paus dan ikan lumba-lumba mungkin merupakan haiwan yang dilindungi dan dilarang untuk dibu nuh sesuka hati di kebanyakan negara namun tidak di Faroe Islands.

Buktinya, orang kampung di kawasan Torshavn, Streymoy Island di sana baru-baru ini tanpa rasa bersalah telah membu nuh kira-kira 150 ekor ikan paus pilot dan 20 ekor ikan lumba-lumba untuk mendapatkan daging mereka.

Ikan-ikan tersebut telah dir3jam tombak berburu yang dibuat khas oleh mereka untuk kegiatan berkenaan. Ikan yang terkena tombak akan dibawa ke pantai dan menyebabkan air di pinggir pantai akan berubah menjadi merah.

Kegiatan ini sebenarnya telah dijalankan sejak sekian lama di mana hampir setiap kali musim panas, lebih kurang 800 ekor ikan paus dan ikan lumba-lumba akan m4ti di bu nuh di Faroe Islands.

Membunuh ikan paus adalah dibenarkan di sana namun nelayan perlu mengikut kaedah dan s3njata yang dipermitkan oleh kerajaan sahaja. Selain Faroe Islands, Jepun juga dikenali sebagai negara yang membenarkan kegiatan tersebut.

Sehubungan dengan perkara ini, Blue Planet Society, sebuah persatuan yang aktif menentang kegiatan pembunuhan paus di Jepun telah memulakan petisyen untuk menghentikan pembunuhan paus di seluruh dunia. Menurut jurucakapnya, sejak awal tahun ini, lebih kurang 500 ekor paus dan ikan lumba-lumba yang sedang bermigrasi telah dibunuh dan ia adalah sangat kejam serta perlu dihentikan serta-merta.

Diharapkan usaha Blue Planet Society ini berjaya mendapat perhatian dunia dan pembu nuhan ikan paus dan lumba-lumba ini dapat ditamatkan bagi menjaga eko-sistem perairan dunia. Bagi anda yang mahu turut serta menyokong petisyen mereka ini, anda boleh menyuarakan sokongan anda melalui pautan ini.

Sumber: SIAKAP KELI

 

 

3