Lelaki Pertama Kali Jadi Bidan Ketika Kucing Bersalin

Lelaki Pertama Kali Jadi Bidan Ketika Kucing Bersalin

Adakah anda seorang pencinta kucing yang membela kucing? Jika ya apakah perasaan anda melihat kucing anda sedang hamil dan juga melihat anak mereka selepas hamil adakah anda rasa anda parent yang berjaya membesarkan anak anak kucing?

Kisah yang terjadi waktu subuh tadi telah membuatkan seorang pencinta kucing bernama aiman menjadi bidan terjun ketika kucingnya hendak bersalin. Jangan ingat perempuan sahaja boleh jadi bidan untuk melahirkan anak lelaki pun boleh tau. Tapi jangan lah jadi doktor bidan di hospital jadi lah doktor bidan untuk kucing anda sahaja lagi molek gitu.

Kucing berbaka maine coon itu menunjukkan tanda ingin melahirkan anak pada subuh tadi lebih kurang pukul 6 pagi. Kucing yang diberi nama Mui Mui (梅梅) melahirkan anak satu persatu jumlah anaknya adalah 3 ekor. Ini kali pertama aiman terpaksa turun menjadi bidan terjun untuk membantu proses pelancaran melahirkan anak.


Pada mulanya doktor di vet telah pun mengarahkan untuk hantar Mui Mui ke klinik haiwan untuk dibuat pembedahan pada hari ini kerana Mui Mui pernah mengalami sejarah gagal melahirkan anak, dulu anaknya mati di di dalam kandungan.

Namun siapa sangka baby di dalam kandungan mui mui ingin beranak tanpa mengikut pembedahan, seekor demi seekor lahir tanpa masalah. Saya membantu menarik anak kucing dan berhati hati potong tali pusat uri anak mui mui. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar thank you Allah, Kata Aiman.

Insafi diri, haiwan juga tidak terkecuali kesakitan melahirkan anak..

2