Lepas Pecahkan TV Boleh Pulak Kucing  Ni Buat Muka Comel

Lepas Pecahkan TV Boleh Pulak Kucing Ni Buat Muka Comel

Siapa yang bela kucing di dalam rumah akan perasan tentang sifat kucing yang tertanya tanya dan suka berjalan di mana sahaja yang mereka boleh. Seperti bawah katil, atas almari, atas meja, dalam tandas dan tak terlepas jua depan atau belakang TV.

Seorang pengguna Facebook telah memuat naik gambar kucing nya di dalam Facebook. Kucing itu dipercayai telah memecahkan TV tuannya sendiri.

Kucing itu dipercayai telah memecahkan TV dengan berjalan di belakang TV lalu tertolak menyebabkan TV itu terjatuh dan panel lcd dihadapan retak dan pecah. TV itu tak dapat diselamatkan, boleh dibaiki tapi memerlukan duit.

Kucing pula buat muka tak bersalah dan buat muka ketat mungkin dia nak cakap dia tak sengaja atau mungkin dia nak cakap bukan dia yang pecahkan TV. Tapi rasa menyampah pulak bila dapat kucing macam ni. Hahhaha

Tidak diketahui adakah dia buat muka comel ni sebab nak cakap dia tak bersalah atau sebab dia nak cairkan hati tuannya supaya tidak marah akan dia.

3