Lihat Apa Yang Dilakukan Anjing Ini Pada Anak Kucing

Lihat Apa Yang Dilakukan Anjing Ini Pada Anak Kucing

Banner adalah seekor anjing yang sangat baik dan penyayang. Ia bukan sahaja sayang akan tuannya, Whitney Braley yang kelainan upaya malah Banner juga telah membantu menyelamatkan haiwan lain yang dalam kesusahan.

Husky yang berusia 3 tahun itu telah dilatih untuk membantu tuannya melakukan beberapa pekara serta mengikuti arahan yang diberikan. Selain itu, Banner juga banyak menyelamatkan haiwan lain seperti anak kucing yang dibuang.

Contohnya, dua tahun lalu mereka telah menemui beberapa anak kucing yang dibuang berhampiran dengan sebuah parit dan menyelamatkan mereka. Sejak itu Banner yang telah menjaga dan membesarkan mereka.

Baru-baru ini Banner sekali lagi menyelamatkan sekumpulan anak kucing yang diletakkan di dalam sebuah kotak kadbod yang ditutup rapat. Ketujuh-tujuh ekor anak kucing itu ditemui dalam keadaan lemah, beku dan hampir mati. Mujur Banner telah membawa Whitney ke dalam hutan untuk menyelamatkan anak-anak kucing itu.

Sejak itu, Banner telah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang seperti sebuah keluarga. Banner malah menganggap anak-anak kucing itu seperti anaknya sendiri. Sungguh ia memang seekor ibu yang sangat penyayang!

Inilah Banner, seekor anjing Husky berusia 3 tahun yang sangat penyayang.

Anjing ini telah menunjukkan sesuatu yang aneh berlaku di dalam hutan kepada tuannya baru-baru ini

Banner membawa tuannya, Whitney ke tempat ia menemui sebuah kotak kadbod yang tertutup rapat.

Di dalamnya adalah sesuatu yang menyayat hati iaitu tujuh ekor anak kucing yang ditinggalkan dalam keadaan yang saangat menyedihkan.

“Pasti ada seseorang yang memasukkannya ke dalam kotak dan menutupnya dengan rapat dan membiarkan mereka sehingga mati.”

“Anak-anak kucing ini mungkin berfikir bahawa tidak ada yang akan menemui mereka. Mujur ada Banner yang menemui mereka.”

“Adalah sesuatu yang kejam apabila ada yang melakukan sesuatu yang tidak baik kepada haiwan sekecil ini.”

Sejak saat itu, Banner tidak pernah meninggalkan anak-anak kucing yang ditemui dan telah menganggap mereka seperti anaknya sendiri.

“Saya sangat gembira sekarang kerana Banner dan anak-anak kucing ini menjalani kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.”

Sumber: ERA BARU

3