Macam Tak Percaya Anjing Menumpangkan Ibu Mengandung Dalam Rumahnya

Macam Tak Percaya Anjing Menumpangkan Ibu Mengandung Dalam Rumahnya

Berbuat baik kepada seseorang dapat memberikan perasaan yang bagus kepada diri kita. Apatah lagi jika kebaikan tersebut turut memberikan manfaat kepada manusia lain.

Melakukan kebaikan bukan sahaja terhad sesama manusia tetapi juga haiwan. Jadi, lelaki yang baik hati ini telah membina sebuah rumah bagi menempatkan seekor anjing betina jalanan yang sedang mengandung.

Tujuannya membina rumah tersebut adalah bagi memberikan perlindungan kepada anjing tersebut dan anak-anak yang bakal dilahirkan kelak terutamanya pada musim hujan. Malah, dia turut meletakkan sehelai selimut di dalam pondok kecil itu bagi memastikan keselesaan anjing itu.

Lelaki ini telah menempatkan anjing itu di dalam pondoknya dan meninggalkan haiwan itu di tepi sebuah bangunan. Pada 1 September 2017, anjing betina itu telah selamat melahirkan tiga ekor anak anjing yang comel.

Jadi, apabila lelaki ini pergi menjenguk anjing berkenaan, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati terdapat seekor kucing jalanan berwarna kelabu bersama dengan empat ekor anak kucing yang baharu dilahirkan duduk bersebelahan anjing itu.

Sesungguhnya dia tidak menyangka rumah yang disediakan itu akan menjadi seperti ‘rumah perlindungan’ untuk haiwan jalanan lain juga!

Dikatakan pada tanggal 7 September, kucing tersebut yang sedang sarat telah masuk ke rumah anjing itu untuk melahirkan anak-anaknya. Mengetahui haiwan berkenaan bakal melahirkan, anjing ini tidak bertindak menghalau atau mengejarnya. Sebaliknya, ia telah membenarkan kucing itu menumpang di rumahnya.

Sejak peristiwa itu, kedua-dua haiwan ini tinggal bersama sambil menjaga bayi masing-masing. Terpegun dengan kejadian tersebut, lelaki berkenaan bertindak merakamkan saat yang menyentuh hati itu.

“Hebatnya. Anda pasti fikir saya menipu. Satu peristiwa yang menakjubkan. Tetapi lihat… ia kelihatan seperti wad bersalin”.

Setelah memuat naik video berkenaan di YouTube, ramai netizen yang melontarkan rasa keterujaan mereka melihat bagaimana kucing dan anjing boleh tinggal bersama demi memastikan keselamatan anak mereka.

“Seekor ibu membantu ibu lain yang sedang memerlukan. Mari berharap agar persahabatan mereka berkekalan,” komen seorang netizen.

Sumber: ERA BARU

3