Menangis Kucing Ini Apabila Ada Wanita Sudi Beri Dia Makan Daging

Menangis Kucing Ini Apabila Ada Wanita Sudi Beri Dia Makan Daging

Sebuah video berdurasi 21 saat telah viral di dalam FACEBOOK, video tersebut menunjukkan seekor kucing menangis apabila diberikan makanan. Difahamkan tuan atau jiran perakam video mengatakan kucing tersebut telah pergi dan meninggalkan kucing tersebut bersendirian di dalam rumah.

Kucing tersebut yang terlalu lapar cuba mencari makanan dan minuman sendiri, sesuatu yang tak pernah dia lakukan dalam hidupnya kerana sebelum ini tuannya yang beri dia makan. Jadi selepas dia ditinggalkan sendirian dia sukar untuk mendapatkan makanan dengan cara berburu tikus dan mencuri makanan. Asalnya dia bukan kucing liar tapi kucing jinak yang duduk dalam rumah.

Tampak jelas di wajahnya dia sangat gembira kerana terdapat insan berhati mulia yang sanggup menawarkannya makanan berupa sosej daging. Berdasarkan sosej tersebut, dipercayai kucing ini berasal dari korea atau japan. Drama drama korea banyak sosej seperti ini dijual di kedai kemungkinan besar video ini daripada korea.

Air mata di pipinya berguguran bagaikan air hujan, mungkin ini makanan paling sedap dia pernah makan selepas beberapa lama berlapar. Kalau anda jumpa kucing seperti ini apa yang anda akan lakukan?

Adakah anda akan ambil kucing ini untuk dibela atau ditinggalkan di jalanan biarkan mereka kelaparan?

Tetiba rasa sebak di hati apabila menulis cerita tentang kucing ni, tak pernah lagi nampak kucing menangis depan mata. Ini kali pertama taip cerita sesedih ini. Kucing tersebut pun nampak sangat gembira dan enjoy akan kesedapan makanan yang dia makan. Untuk itu mari kita lihat video kucing tersebut makan.

Jelas kelihatan dalam video ini suara wanita tersebut yang bersimpati akan nasib kucing tersebut, kalau lah anda berada di tempat sama apa yang anda akan lakukan? Cuba komen dan share ya kawan-kawan

Sumber: DUKU LANGSAT

2