Menangis Tikus Ini Apabila Disalotape Oleh Lelaki India

Menangis Tikus Ini Apabila Disalotape Oleh Lelaki India

Seekor tikus di Mandya, India telah dirakam melalui kamera menjalani peny3ks4an selepas ia dikatakan makan kabel pengecas.

Dalam video yang tular, lelaki itu didengari mem4ki tikus tersebut sambil memuklnya pada hidung, kepala dan perut.

The Daily Mail melaporkan pada Isnin (11/02/2019), haiwan kecil itu diik4t pada botol plastik dalam kedudukan berdiri sebelum dipkul.

Lelaki yang tidak dikenali itu menunjukkan sebahagian daripada kabel pengecas yang dilaporkan bernilai 80 rupee, sekitar RM4.61.

“Kenapa kamu makan kabel ini? Adakah ibu dan ayah kamu bersedia membayar kerugian kepada saya?” tanya lelaki itu kepada tikus.

Ketika dia terus memukul tikus tersebut, lelaki itu menuduh haiwan berkenaan makan pelbagai barang seperti beras, tomato dan sabun di rumahnya.

Dalam satu bahagian rakaman, tetikus itu mengeluarkan air kencing dan membuatkan lelaki itu memukulnya dengan lebih keras.

“Kenapa kamu kencing, adakah kamu berniat melakukannya semula?” Kata lelaki itu. Rakaman itu menyebabkan kemarahan selepas dikongsi secara meluas pada awal Februari.

Aktivis hak asasi haiwan Subhendu Malik mengatakan bahawa membunuh tikus bukanlah dilarang di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, penyeksaannya jelas tidak dibenarkan.

“Ini adalah jenayah terhadap Akta Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1960. Pegawai harus bertindak untuk menyiasatnya,” kata Malik.

Sumber: LAICI KANG

1