Mona Kamu Ada Dimana?

Mona Kamu Ada Dimana?

Mungkin anda ada terbaca tentang kisah kucing yang tular di dalam media sosial selepas ciapan di muat naik dalam media sosial mengenai kehilangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Ianya dimuat naik melalui akaun Twitter Malaysia Airport. Setakat hari ini, ia mendapat lebih 4,688 perkongsian selepas dimuat naik pada Jumaat lalu.

Pemilik kucing berkenaan, Noory Mashella Datu Mazinal, 30, berkata, kucing spesies ‘Domestic Long Hair mixed Maine Coon’ yang dinamakan sebagai ‘Mona’ itu dipelihara sejak tiga tahun lalu ketika bekerja di Kuala Lumpur.

“Kini saya bekerja di Sandakan dan pada hari kejadian dalam perjalanan pulang ke Sabah dengan membawa Mona. Selepas menguruskan tiket penerbangan tiba-tiba Mona keluar dari sangkar dan hilang. Walaupun Mona ada mikrocip untuk pengesanan tetapi belum berjaya ditemui hingga kini,” katanya ketika dihubungi di Sandakan, hari ini.

Noory berkata, dia berharap sesiapa yang melihat dan menemui Mona yang berbulu warna kelabu dapat menghubunginya di talian 017-8342487. Terdahulu, dalam ciapan Twitter Malaysia Airport meminta bantuan berhubung kehilangan kucing berkenaan.

“Tolong! Kami baru dimaklumkan kucing terlepas dari sangkarnya di kaunter daftar masuk tingkat lima, Balai Pelepasan KLIA. Jika terlihat, sila maklumkan segera kepada kakitangan lapangan terbang,” menurut status itu.

Diharap sesiapa yang terjumpa atau terserempak dengan kucing tersebut dapat membantu moga pemilik asal nya dapat bertemu dengan kucing kesayangannnya

Sumber: HARIAN METRO

3