Monyet Yang Disangka Pupus, Muncul Kembali Setelah 80 Tahun

Monyet Yang Disangka Pupus, Muncul Kembali Setelah 80 Tahun

Baru-baru ini, sebuah ekspedisi di Amazon barat telah menemukan para pengkaji dengan spesies monyet yang kali terakhir ditemui pada 80 tahun yang lalu. Monyet dengan nama Vanzolini saki itu pertama kali ditemui pada tahun 1936 di sepanjang Sungai Eiru oleh ahli alam sekitar Ecuadorian, Alfonzo Olalla. Itulah bukti yang pertama dan terakhir yang diketahui tentang spesies itu sehingga hari ini.

Ekspedisi Houseboat Amazon selama tiga bulan itu adalah kaji selidik pertama yang menumpukan kepada haiwan primat dan mamalia lain di kawasan aliran air. Matlamat utamanya adalah untuk mencari monyet Vanzolini saki yang hilang, monyet besar dengan ekor panjang yang gebu dan bulu emas di lengan dan kakinya.

Satu tinjauan pada tahun 1956 berjaya mendapatkan koleksi spesimen yang telah telah mati, jadi inilah kali pertama dalam 80 tahun ahli sains melihat bukti bahawa saki Vanzolini masih belum pupus.

Pakar Saki dan ketua ekspedisi, Dr. Laura Marsh menghabiskan masa selama 10 tahun untuk mengemas kini taksonomi tentang monyet saki. Awal tahun ini, dia membawa bersama tujuh orang primatologi dari Brazil, Mexico, Colombia, dan Amerika Syarikat, serta pemandu, pengendali drone, dan jurugambar. Mereka memulakan pencarian mencari monyet yang ‘hilang’ itu pada Februari lalu.

Pada hari keempat, mereka berjaya menemui haiwan yang mereka cari itu. Ahli pasukan Ivan Batista, pemandu lapangan berpengalaman yang disewa untuk ekspedisi itu, dilaporkan ternampak seekor monyet hitam melompat dari dahan ke dahan. Ini adalah penemuan yang pertama dari banyak penemuan dengan spesies monyet lain yang berjaya ditemui semula.

Para penyelidik menemui monyet-monyet itu di sepanjang kawasan penyelidikan.

Marsh dan pasukannya turut memberi amaran terhadap ancaman kepada pemuliharaan spesies tersebut. Dia dipetik sebagai berkata, “dari apa yang kami lihat, jika tiada kawalan lanjut mengenai pemburuan dan pembersihan hutan yang dilakukan di luar rizab terhad yang ada sekarang, status pemuliharaan saki mungkin menjadi kritikal. Kebanyakan monyet besar, yang merupakan sumber makanan pilihan [untuk masyarakat setempat], telah diburu dari hutan di sepanjang Sungai Eiru dan Liberdade.”

Para penyelidik sememangnya prihatin tentang masa depan spesies yang ditemui semula ini. Selain daripada hasil penemuan, pasukan Houseboat Amazon juga ada mencipta garis dasar untuk mengesan tahap terbaik bagi kawasan tadahan air Juruá. Pasukan ini percaya bahawa data itu penting untuk meningkatkan pengurusan dan pemuliharaan saki Vanzolini dan spesies lain di rantau yang terlibat.

Sumber: ERA BARU

1