Mulianya Hatimu, Sanggup Berniaga Demi Memberi Kucing Makan

Mulianya Hatimu, Sanggup Berniaga Demi Memberi Kucing Makan

Siapa sangka bahawa kehidupan seorang gelandangan yang terseksa untuk mencari makanan bagi dirinya sendiri, melupakan perkara tersebut untuk memenuhi hasratnya memberi makan kepada kucing terbiar setiap hari.

Seorang gelandangan dari Thailand yang dikenali sebagai Loong Dum menjual limau setiap hari di tepi-tepi jalan supaya beliau mendapat wang yang cukup untuk membeli makanan kepada kucing-kucing terbiar.

Kisah ini mula diketahui oleh pemuda wanita, Warunya Wattanasupachoke, yang ternampak seorang gelandangan menjual limau dengan papan tanda yang menyatakan, “20 bath setiap bag, keuntungan akan digunakan untuk memberi makan kepada kucing terbiar.”

Dia bertindak membeli beberapa beg limau sebelum mengetahui bahawa lelaki gelandangan tersebut mendapat bekalan limau dari masyarakat sekitar yang menderma buah tersebut kepadanya.

Tindakan Loong Dum yang memberi makan kepada kucing terbiar adalah dorongan dalam dirinya yang menganggap bahawa kucing merupakan keluarganya, dan mereka memerlukan beliau. Lelaki ini akan memastikan kucing-kucing ini diberi makan setiap hari walaupun tidak cukup makanan untuk dirinya sendiri pada hari-hari tertentu.

“Saya tidak mengapa melangkau waktu makan, tetapi kucing-kucing ini perlu makan,” kata Loong Dum. Loong Dum memberi makan kucing-kucing jalanan.

Selepas kisahnya diketahui umum dan menjadi tular di media sosial, ramai rakyat Thailand yang menawarkan diri untuk membantu. Bantuan yang diberi termasuklah membeli limau darinya secara berterusan, dan ada antara mereka yang memberinya bekalan makanan kucing untuk dia memberi makan kepada kucing jalanan.

Baru-baru ini terdapat masyarakat yang baik hati memberi khidmat gunting rambut percuma kepadanya, pakaian baru serta beberapa bekalan lain.

Kemudiannya, beliau terus menjalankan tugas beliau menjual limau di jalanan supaya kucing-kucing yang jelas sekali disayanginya diberi makan.

Tabiat menghukum dan melabel seseorang berdasarkan penampilan tidak seharusnya berlaku dalam kalangan manusia. Melihatkan dari perbuatan Loong Dum, dia pastinya memiliki hati yang mulia, malah lebih mulia dari kita yang nasibnya lebih baik.

Sumber: www.erabaru.com.my

1