Nasib 13 Kucing Di Rumah Jiran

Nasib 13 Kucing Di Rumah Jiran

Salam. Cerita ini agak panjang.

Cuti sekolah baru-baru ni aku ada la balik rumah parents aku di Perak. Rumah mak jenis teres satu tingkat di Kawasan bandar yang padat. Mak ayah aku dah pencen dan adik perempuan bongsu ada tinggal sekali. 2 bulan sebelum aku balik Perak, mak ada mengadu jiran sebelah, Abg Lan ada hobi baru iaitu bela kucing. Bukan 2 3 ekor tapi 13 ekor terus.

Sebelum ni Abg Lan minat berkebun. Penuh laman simen dia hias dengan kolam ikan dan pokok-pokok mahal. Yang jadi masalah apabila, 13 ekor kucing tu dikurung dalam 2 sangkar besar paras bahu aku (tinggi aku 160cm) dan diletakkan di luar rumah bersempadan dengan rumah mak.

Siapa yang duduk rumah taman mesti dapat imagine betapa bahangnya rumah kalau pintu/tingkap sentiasa bertutup. Mak aku complaint, sejak wujudnya kucing-kucing tu, tingkap rumah kena 24 jam bertutup sebab aroma peluh dan pasir kucing-kucing tu masuk dan amatlah “mengharumkan”. Mak start stress bila setiap kali ayah buka pintu untuk keluar sidai baju ke angkat baju ke pegi balik surau ke, ayah akan membebel sorang2 pasal bau kucing tu. Mak bertambah stress bila ayah masuk rumah dan bebel kat mak pulak.

Yang pandainya ayah aku ni, dia bukan nak berterus terang dengan Abg Lan pasal bau busuk tu. Padahal ayah dan Abg Lan ramah la jugak berborak Cuma ayah kata tak nak jadi gaduh. Entah lah tak paham aku!! Yang menambah kepandaian ayah aku ni bila, ayah pergi membebel pulak kat jiran sebelah lagi satu pasal bau kucing Abg Lan. Kat jiran sebelah Abg Lan pun ayah bebelkan. Mak cakap sampai naik malu tengok ayah burukkan jiran tapi masalah tak selesai pun.

Mak aku cerita awal-awal kat aku supaya bila aku balik Perak, aku dah bersedia mental dan fizikal dengan kepanasan dunia sebab rumah dah tak boleh bukak tingkap. Rumah aku ada ekon kat hall tapi dah lama tak service so kurang sejuk dan ayah bising bill tinggi kalau bukak ekon. Tingkap dapur je boleh bukak tapi tak ada beza pun sebab tak ada pergerakan udara. Mak dan adik memang jenis pendiam, redha dan tak memberontak sebab tu diorang relek bertahan.

Maka, selama 2 bulan la mereka bertiga hari-hari bersauna. Kalau rezeki baik, hari hujan sejuk la sikit rumah tu. Akhirnya tibalah masa aku balik Perak dan merasai sendiri apa yang mak ceritakan tu. Malam pertama je anak-anak aku dah tak boleh tidur sebab berpeluh-peluh. Kipas atas bukak laju. Tak sejuk tambah pulak kipas bawah. Then, pindah tidur hall berekon tapi 2 jam je ayah suruh tutup ekon. Last-last, aku panas hati dengan tak boleh tidur, dengan anak melalak-lalak, aku bukak jugak tingkap sampai ke pagi. Allah je tahu betapa harumnya aroma tersebut tapi tak fikir apa dah sebab dah terlalu mengantuk.

Keesokkannya aku pun monitorlah keadaan rumah tu selama 4 hari dan dapatlah aku simpulkan bahawa maksimum 2 hari je pasir kucing bertahan. Masuk hari ke 3 kalau tak bertukar jugak memang azab kubur la baunya. Lagi-lagi kalau hujan. Dan aku pun start stress bila lebih 5 kali sehari ayah aku akan membebel sorang-sorang pasal haruman tu. Memang kental betul telinga mak dan adik. Masa aku masih di Johor, aku ada bagi cadangan kat mak supaya pasang kanvas antara sempadan rumah tapi ayah tak setuju sebab takut Abg Lan kecik hati.

Masuk hari ke 6 aku dan start sakit jiwa. Ayah masih membebel sorang-sorang, mak membebel kat aku balik sebab dia stress bebelan ayah, maka, berbekalkan saki baki iman yang ada aku pun bertindak mengikut perasaan. Aku pergi kedai hardware cari kanvas. Murah je semeter RM4 dan tali. Balik dari kedai, rezeki aku Nampak salah seorang anak Abg Lan tengah bagi makan kucing. Terus aku mintak panggilkan Abg Lan tapi tak ada sebab outstesen. Aku mintak panggilkan bini Abg Lan, Kak Lin.

Kak Lin keluar aku pun start slowtalk. Sambal tunjuk kanvas yang baru aku beli aku cakap aku nak mintak izin Kak Lin nak pasang kanvas sebab tengah mabuk pregnant anak ke 3 (ni tak tipu) dan bau kucing membuatkan aku sangat loya. Alhamdulillah Kak Lin cool je sebab dia pun paham sebab anak dah 5. Then kitorang borak-borak sikit.

Barulah aku tahu yang kucing-kucing tu adik Abg Lan yang punya dan kerana ada masalah penjagaan, Abg Lan mengalah untuk sambung belakan. Anak-anak Abg Lan sukakan kucing tapi Kak Lin yang terpaksa bersihkan sebab Abg Lan selalu outstesen. Sepanjang borak dengan Kak Lin, 2 kali aku ulang ayat “Kak Lin jangan kecik hati tau saya pasang kanvas ni” dan Kak Lin kata dia ok je.

Tengahari tu aku dengar bunyi orang berus lantai. Intai-intai Nampak Kak Lin dan anak-anak dia tengah sinsing lengan kemas sangkar kucing. Petang tu aku tengok semua kucing dah tak ada dalam sangkar !!! Kak Lin bawak masuk satu sangkar dan semua 13 kucing dalam rumah. Huhuhuhuu.

Satu part, aku gembira sebab dah tak ada gangguan bau. Satu part, aku sedih sebab Kak Lin satu family terpaksa duduk serumah dengan kucing-kucing tu. Aku pulak yang rasa serba salah tapi aku dah mintak Kak Lin jangan kecik hati.

Hari ni genap 2 hari aku dapat menghirup udara segar dan aku sangat-sangat berharap Kak Lin sekeluarga baik-baik sahaja. Ayah, mak dan adik pun makin ceria dan boleh la aku balik Johor esok dengan senang hati.

Nasihat aku pada yang membela kucing, jagalah adab berjiran. Yang lepas-lepaskan kucing tu, jangan tanya kenapa andai satu hari kucing kau balik dengan luka penuh satu badan ke, mati kena racun ke, hilang sebab orang buang jauh-jauh ke. Bukak youtube dengar Ustaz Azhar Idrus nasihat apa. Tajuk “Kucing Jiran Berak Depan Rumah”.

P/S: Jangan sibuk fikir nak kumpul pahala bela kucing je tapi kumpul dosa menyusahkan orang lain.

Izreen Azminda Via IIUM CONFESSION

2