Nasib Baik Kami Sempat Jumpa, Kalau Tak Mungkin Dah Jadi Lauk

Nasib Baik Kami Sempat Jumpa, Kalau Tak Mungkin Dah Jadi Lauk

Hasrat seorang lelaki mencari kucingnya yang hilang, berakhir dengan penemuan ratusan ekor kucing dipercayai dicuuri dari pemiliknya, di dalam rumah penyembeliihan haaram di utara timur China.

Dalam kejadian 1 Disember itu, sebanyak 375 ekor kucing ditemui lelaki itu yang mencari kucingnya di bandar Tianjin, sebelum menghubungi China Animal Protection Power (CAPP) untuk datang membantu dia membebaskan kucing-kucing tersebut.

Apabila mereka memasuki premis kucing itu, mereka menemui puluhan mungkin ratusan haiwan itu dikurung dalam sangkar kecil di mana kebanyakan haiwan itu nampak kurus., tidak bermaya dan tidak sihat.

Menurut aktivis CAPP, pihaknya telah lama mengesyaki berlaku penganiaayaan terhadap haiwan itu di kawasan tersebut, namun gagal mengesannya kerana mereka cekap melakukan pekerjaan tersebut.

Difahamkan, kucing milik lelaki berkenaan hilang dua minggu lalu dan dia yakin kucing peliharaannya itu telah diculik oleh sindiket yang menjual daging anjing dan kucing.

Di premis itu, mereka juga menemui bulu kucing dan sebahagian anggota badan kucing yang telah disemmbelih.

Sumber: THE REPORTER

1