Netizen Geram Tengok Budak Ni Peluk Kucing Sebab Terlampau Comel

Netizen Geram Tengok Budak Ni Peluk Kucing Sebab Terlampau Comel

Budak-budak kalau baru berjalan menggunakan kaki sendiri memang geram je tengok gaya diorang ni berjalan. Lagi-lagi kalau badan tu berisi ketul-ketul kecil kan, cute gila kot! Rasa nak gigit-gigit je tengok. Comelnya awak ni!

Tapi aksi budak kecil ni bergurau dengan kucingnya buatkan netizen lagi ‘geram’ sebab terlalu comel!

Muhammad Raif Anaqi, 1 tahun 9 bulan, mencuri perhatian internet bila video dia bermain dengan kucing tu viral di internet sekelip mata.

Inilah budaknya comel kan?

Video yang asalnya diambil ayah Anaqi ni mulanya untuk kenangan mereka satu keluarga je. Tak sangka boleh viral. Korang tengok je la video ni.

Walaupun dipeluk dengan kuat sambil digoncang kerana dia melompat namun kucing itu tetap redha dengan perangai tuan kecilnya.

Video ini viral kerana kucing tersebut yang tetap membuat muka ‘poker face’ dan redha atas apa yang tuannya lakukan telah berjaya mencuit hati netizen di luar sana. Rupa rupanya di rumah dia pun memang dah bela lagi 8 ekor kucing.

Hahaha, perkataan pertama pun ko sebut ‘meow’! Betul-betul pencinta haiwan ni. Ayat pertama yang anaqi pandai sebut pun adalah meow, adakah dia boleh bercakap dengan meow?

Katanya kucing yang dalam video tu pun ayahnya baru ambil. Seronok sangat dapat kucing baru, itu yang tak puas dia peluk sebab excited sangat!

Netizen pun tak tahan gelak tengok telatah dia ni. Comel kan!

Adoi kelakar la awak ni Anaqi. Baguslah dari awal lagi keluarga bahagia ni dah ajar supaya anak-anak sayangkan haiwan dari kecil lagi.

Dan semoga Anaqi terus membesar jadi seorang yang penyayang, InshaAllah

 

 

 

1