Pada Satu Malam, Suami Bawa Kucing Jalanan Ke Rumah

Pada Satu Malam, Suami Bawa Kucing Jalanan Ke Rumah

Seorang pencinta kucing berkongsi pengalaman menyelamatkan kucing jalanan ke dalam Kelab Pencinta Kucing Malaysia. Wanita bernama siti salwa telah memuat naik kisah itu di dalam facebook.

Beberapa hari yang lepas, encik suami bawa balik seekor anak kucing yang sakit. Bila sampai rumah, Allahuakbar.. tak sangka keadaan kucing macam itu.

Kesiannya, dalam keadaan kaki patah, tulang belakang pun patah menyebabkan dia lumpuh satu badan. Tak tahu apa penyebabnya, kena langgar atau dipukul. Tapi tengok pada kecederaannya, seperti dipukul atau dipijak. Siapa lah yang sanggup buat seperti ini, kej4mnya manusia.

Bawa balik rumah, cuci badan dia, sebab bau najis. bawa ke klinik veterinar goverment. Tapi tak ada apa yang dirawat. katanya, sudah tak ada harapan..😢.  Saya nak bawa ke klinik vet swasta, tapi tak mampu.

Sekarang, saya cuba jaga sebaiknya dan beri makan, untuk pulihkan tenaga dia. Saya nak minta jasa baik kawan-kawan. Kalau-kalau ada pandangan atau petua untuk bantu saya merawat Si COMEL. Sedih sangat bila tengok keadaan dia.. 😭

3