Page Kelab Kucing Dibanjiri Komen ” Wow Cool Post, Thanks For Sharing”

Page Kelab Kucing Dibanjiri Komen ” Wow Cool Post, Thanks For Sharing”

Sejak kebelakangan ini, adakah anda sedar hampir kesemua ruangan komen portal berita popular di facebook dibanjiri dengan ayat ‘Wow cool post, thanks for sharing.’ Hasil tinjauan menerusi laman sosial KPKM  sendiri juga mendapati hampir kebanyakan posting dipenuhi dengan ayat ini, oleh anda semua pembaca setia kami.

Tujuan pengguna laman sosial meninggalkan komen sedemikan dipercayai bagi mendapatkan gelaran ‘top fan’ dan ‘Top Fan’ sedia ada juga dapat mengekalkan gelaran mereka.

Gelaran ‘Top Fan’ yang diberikan oleh facebook ini hanya khas kepada pengguna yang aktif dalam memberi komen dan reaksi seperti tekan butang ‘Like’ serta berkongsi posting berbanding pembaca-pembaca yang lain.

Namun, ‘Top Fan’ ini tidak diberikan oleh pengendali sesebuah laman iaitu admin page sebaliknya ‘dianugerahkan’ oleh Facebook sendiri. Berapa ramai ‘Top Fan’ Kelab Kucing Ni? Jangan lupa terus aktif di page kami kerana gelaran ‘Top Fan’ hanya untuk kita-kita aje tau.

”Wow cool post, thanks for sharing

Namun, kerana ini ada juga yang telah hilang selera untuk baca komen

Kalau boleh setiap orang yang komen minta top fan admin dah berikan. Tapi apakan daya, yang beri top fan ni adalah facebook sendiri kami tak ada kuasa untuk beri top fan yang ada cuma kuasa untuk remove top Fan. Hope fully yang nak top fan badge akan dapat secepat mungkin. Admin ucapkan goodluck kepada anda semua

5