Pagi Itu Mak Buat Nasi Lemak, Tapi Tak Sangka Itu Nasi Lemak Terakhir Mak

Pagi Itu Mak Buat Nasi Lemak, Tapi Tak Sangka Itu Nasi Lemak Terakhir Mak

Kehilangan orang tersayang terutamanya ibu bapa atau pasangan hidup pastinya mendatangkan kesedihan mendalam dalam hati setiap individu. Apatah lagi jika diduga dengan kehilangan insan-insan ini secara sekelip mata di saat kita masih belum bersedia.

Luahan sayu oleh Abdul Rahman terhadap arwah ibunya yang tular di laman sosial ini ternyata menyentuh emosi ramai. Pemergian ibu tersayang secara tiba-tiba hanya kerana pengsan amat perit untuk diterima. Lebih meruntun hati, ibunya sempat memasakkan juadah terakhir nasi lemak buat anak-anak.

Siapa sangka, anak-anak yang pulang ke kampung halaman dari kejauhan untuk melihat jasad ibu buat kali terakhir, masih boleh menjamah air tangannya. Si ibu seakan mengerti, masakan terakhirnya ini disiapkan untuk dijamah anak-anak yang ‘pulang’ nanti.

Betapa besar kasih ibu ayah, tak terbalas oleh anak-anak hingga ke akhir hayat. Berbaktilah kepada mereka selagi jasad dikandung badan. Buat allahyarham ibunya, Sariah Binti Fatah, moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin!

Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptanya..

Mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur.. dalam pkul 11 dapat panggilan yang mak dah tak der.. so aku pon balik lah ke bp dari kl.. smpai bp dalam pkol 1 lebih gitu lah.. time tu jenazah kat hospital bp.. untuk di mandi dan di kapan kan..

Petang dalam pukul 3 jenazah mak di bawak ke rumah untuk di lihat buat kali terakhir.. time bukak ikatan kain kafan aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku.. aku tak dapat nak tahan air mata yang tersangat lah sedih…

Lepas tu sembayang kan kat surau dan di kebumi kan.. setel semua sebelum maghrib macam tulah.. kat rumah mak rasa lapar pulak.. bukak tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur.. aku tahu ni masakan terakhir mak.. aku cedok dan bahagi sorang sikit adik-beradik..

Suapan pertama tu.. ya allah.. aku rasa lain sangat masakan tu.. aku makan sambil menangis.. tapi aku abis kan jugak nasi lemak tu.. sebab tu masakan terakhir mak.. dan aku tak kan dapat rasanya lagi.. setahun sudah berlalu.. kenangan bersama mak hidup dalam ingatan..

Mak jujur aku rindu, mak halalkan makan minum aku.. mak ampun kan dosa aku kat mak.. mak terima kasih besar kan aku.. mak terima kasih lahir kan aku..

Sumber : Shota Shimizu

2