Pagi Tadi Ada Kucing Minta Sedikit Ayam, Tak Sangka Rezeki Saya

Pagi Tadi Ada Kucing Minta Sedikit Ayam, Tak Sangka Rezeki Saya

Tidak dapat dinafikan, kucing adalah antara haiwan yang sering mendapat tempat di hati manusia, berkat kecomelannya serta sifat manja yang dimiliki. Akan tetapi, kadang kala nasib kucing ini juga berbeza mengikut rupa parasnya. Kucing yang bersih dan comel biasanya akan mendapat layanan lebih baik berbanding kucing yang kotor dan comot.

Namun, dalam tidak sedar, ada kalanya kucing-kucing kotor inilah yang dihantar oleh Tuhan sebagai perantara bagi rezeki yang ingin diberikan. Itulah yang dialami oleh seorang pemuda dengan nama Twitter, @AidilZharif yang memperoleh rezeki yang tidak disangka selepas memberi sedikit ayam kepada kucing yang datang kepadanya sewaktu sedang sarapan di sebuah restoran baru-baru ini. Beberapa orang pengguna Twitter lain turut berkongsikan kisah yang hampir sama seperi yang dialami oleh Aidil Zharif ini di ruangan komen.

Kisah lepas Subuh tadi aku pi breakfast dekat kedai mamak , kucing ni lapar asyik meow ja so aku bagila ayam sikit . Alhamdulillah Allah itu Maha Pemurah . Time nak bayar dekat kaunter , “Dik , ada hamba Allah dah tolong bayarkan minuman dan makanan adik” 😭😭😭 Thankyou !!!

Sumber: SIAKAP KELI

2