Pandai Kucing Ni Menyorok Daripada Anjing

Pandai Kucing Ni Menyorok Daripada Anjing

Kini tidak menghairankan apabila anjing dan kucing boleh duduk sebumbung sehingga mampu hidup dengan harmoni.

Sudah tentu mereka akan bergaduh sekali sekala, bergurau serta menunjukkan tingkah laku yang nakal dan menghiburkan.

Ramai pemilik anjing dan kucing berkata, kucing itu lebih bijak daripada anjing dan mendengar kenyataan itu, para kucing yang comel mengambil peluang sepenuhnya membuktikan kebijaksanaan mereka seperti kucing belang di dalam rakaman video ini.

Dalam video ini, dilihat seekor anjing dan kucing sedang bermain sembunyi-sembunyi di dalam gegelung tiub. Si kucing belang bernama River sedang cuba mengenakan si anjing Jessie yang lurus bendul.

River membuat ‘prank’ dengan memasuki gegelung tiub itu dengan pantas dan berlari keluar menyembunyikan diri di belakang sofa sambil mengintai Jessie yang keliru.

Jessie dengan sabar berdiri menunggu River keluar dari tiub dengan terowong kecil itu. Puas dia memikir ke mana River telah menghilangkan diri?

Apabila Jessie menoleh ke belakang dan melihat River sedang mengintainya di belakang sofa, dia tidak dapat menahan diri daripada berasa marah kerana sudah terkena dengan gurauan River, lalu mengejar River sambil berkata, “Berani kamu ya… mengenakan saya!”

Sumber: ERA BARU

1