Pasukan Polis Kucing Ditubuhkan Untuk Memerangi Tikus Di Australia

Pasukan Polis Kucing Ditubuhkan Untuk Memerangi Tikus Di Australia

SYDNEY – Kisah Bailey, anjing polis yang dengan berani mengusir seekor singa laut ganas dari Muzium Maritim Sydney di sini baru-baru ini menarik perhatian penduduk di seluruh Australia.

Namun ternyata di sudut bandar kecil Redfern yang berjarak tiga kilometer dari pusat bandar raya Sydney, Pasukan Peronda Kucing Ed tidak banyak diketahui kewujudannya; menjalankan tugas memburu penjenayah durjana.

Stesen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dalam program mereka iaitu ABC News pada 15 September lalu mendedahkan mengenai tugas seekor kucing polis berbulu perang yang diberi nama Ed dalam pasukan tersebut.

Ia tanpa rasa takut berjaya menjadikan kawasan pentadbiran markas ibu pejabat polis Mounted Sydney itu bebas daripada ancaman tikus jahat yang menjejaskan ketenteraman awam dan kehidupan penduduk selama ini.

“Kami memutuskan amat memerlukan kucing untuk membantu dalam mengawal haiwan perosak di markas kami,” kata Sersan Kylie Riddell ketika diwawancara secara eksklusif oleh wartawan ABC Sydney, Robbie Buck.

Ia cukup berani diri di luar gerbang besi yang memisahkan dirinya dan rakan-rakan sesama polis di kota Sydney.Ed baru-baru ini dijadikan anak angkat oleh teman seorang anggota polis ketika tengah mencari tempat tinggal tetap.

“Kami ada pasukan kuda di sini jadi kami fikir kenapa tidak kami juga ada pasukan kucing? Ia akan berjalan dengan angkuh melewati semua polis yang sedang mendapatkan arahan untuk tugas mereka sehari-hari kata Riddell.

“Setelah itu kucing betina ini akan bertugas meronda di sekitar kandang, manakala ramai kucing jantan bersiul cuba menggodanya. Dan biasanya setelah itu, waktunya tidur adalah sepanjang siang,” tegas beliau lagi.

Sayangnya menurut Buck, Ed terbukti agar sukar diatur untuk sesi wawancara. Kucing pemburu tikus itu kini sebaliknya menjadi objek yang diburu ramai wartawan tempatan bagi mendapat kisah pengalaman hidupnya.

“Lazimnya gudang jerami kuda adalah tempat pertama yang saya datang ketika mencari dia, Ed suka tidur di atas jerami,” kata Riddell yang merujuk tempat kegemaran kucing itu melepak santai adalah di kerusi jentera forklift.

Pada akhirnya, Ed berhasil ditemui oleh Riddell antara jerami kuda. Ia menguap meow seketika, sebelum bergegas untuk menjalankan kembali tugas rutinnya sementara menanti kedatangan tikus  iaitu tidur.

“Saya jangka dia amat suka bangun tidurnya ketika pertengahan pagi nanti,” kata Riddell memuji kucing berusia dua tahun tersebut yang dianggap anggota rasmi pasukan polis New South Wales

 

1