Peliknya Macam Mana Kucing Berlainan Baka Boleh Jadi Kawan Baik

Peliknya Macam Mana Kucing Berlainan Baka Boleh Jadi Kawan Baik

Sekitar tujuh tahun yang lalu, seekor anak kucing yang tersesat ketika mencari makanan dan tempat perlindungan, secara kebetulan telah memasuki sebuah kandang kucing jenis lynx di Zoo St. Petersburg Leningradsky.

Linda yang merupakan kucing lynx ialah seekor haiwan liar daripada keluarga kucing yang mempunyai bulu berwarna coklat, kadang-kadang mempunyai bintik-bintik gelap di atas badannya dan mempunyai ekor yang pendek.

Melihatkan kedua-dua kucing ini dapat menyesuaikan diri, kakitangan zoo tersebut membiarkan kucing sesat yang diberi nama Dusja itu tinggal bersama-sama Linda di kandangnya.

Walaupun kedua-dua kucing ini secara biologinya datang daripada baka yang berlainan namun mengagumkan kerana mereka dengan segera menjadi sahabat baik

Kakitangan di zoo itu memutuskan untuk membenarkan Dusja tinggal bersama Linda di dalam kandangnya

Mereka membesar dengan cepat dan penampilan mereka terus bertambah dan semakin berbeza. Namun begitu, ia langsung tidak menjejaskan persahabatan mereka

Walaupun fizikal kedua-dua kucing ini begitu ketara namun ia bukanlah masalah buat mereka dan mereka terus bermain bersama-sama

Linda dan Dusja akan saling menolong menjilat bulu mereka supaya sentiasa bersih

Lihatlah aksi Dusja yang mencium dahi Linda. Sungguh mengharukan bukan?

Dusja sangat manja dengan Linda. Mungkin kerana Linda bersaiz besar dan mampu melindunginya. Kedua-dua kucing ini masih bersahabat baik dan tinggal bersama-sama di zoo tersebut

Sumber: ERA BARU

 

1