Pemuda Meninggalkan Dunia Sedang Azan

Pemuda Meninggalkan Dunia Sedang Azan

Meninggalkan  dunia ketika sedang melakukan ibadah adalah salah satu perkara yang diidamkan setiap umat Islam. Sedang kita sibuk mengejar redha Illahi dan ketika itu malaikat menyabut ny awa kita pasti akan menjadi kem atian yang dicemburui.

Begitulah kisah seorang pemuda yang menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang melaungkan azan untuk solat Jumaat. Perkara ini diceritakan sendiri oleh sahabat beliau yang disampaikan oleh ahli keluarga arwah.

Sahabat arwah yang bernama Muhammad Izzan berkongsi perasaan sedih beliau melihat dengan mata kepalanya sendiri Amirul reb ah dan pergi menghadap Illahi. Selamat pulang wahai teman. Rehatlah, sungguh kami cemburu dengan cara Allah mengambilmu.

Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan siapa adinda Amirul ini pada saya. Ramai orang tahu yang dia kawan rapat saya. Gambar kami yang beratus-ratus keping, selalu menjadi teman lepak saya, teman bercerita saya, kalau Ramadhan biasanya dia akan teman saya ke masjid-masjid tempat saya bertugas imam Tarawih.

Amirul yang saya kenali, Dia seorang yang sangat meminati bacaan Al-Quran saya, sehinggakan bila saya mengaji dalam kereta pun, dia pasti akan rakam. Dia seorang yang banyak membantu orang. Dia seorang yang ceria. Mudah didekati.

Dia seorang yang sentiasa gigih dalam apa yang dia lakukan. Saya teringat dia selalu minta saya ajar cara mengeluarkan suara yang betul ketika azan. Sehingga dapat, dia usahakan. Semalam hari yang saya rasa seolah mimpi.

Amirul, kau telah pergi selamanya. Bertemu Allah dalam keadaan kau sedang mengalunkan azan Jumaat. Jemaah melihat hal ini. Menjadi saksi mulianya kau menghadap Sang Pencipta.

Sumber: Siakap Keli

 

5