Pengajaran Bola Sepak Untuk Rakyat Malaysia

Pengajaran Bola Sepak Untuk Rakyat Malaysia

Seperti yang kita semua ketahui Malaysia telah memenangi dengan mata 3-2 perlawanan  ketika melawan indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno. Perlawanan ini menjadi hangat apabila berlaku insiden penonton memb aling batu dan suar ke arah penyokong Harimau Malaya.

Para penyokong Malaysia telah dibawa melalui sebuah terowong dan dikumpulkan disebuah tempat untuk dikuarantin sebagai langkah keselamatan daripada penyokong indoesia. Pihak Polis Indonesia telah bertindak melepaskan gas pem edih mata dari pintu masuk penyokong di pintu 1.

Malah petang sebelum perlawanan, para penyokong Malaysia telah disambut dengan bal ingan objek ketika melangkah masuk ke stadium Gelora Bung Karno. Dinding media sosial dipenuhi dengan video-video yang memaparkan situasi terkini di sana.

Perbuatan Penyokong Indonesia telah mendapat kecaman hebat rakyat malaysia sehingga ada antara penyokong bertindak menghujani komen meminta supaya Fifa melarang Indonesia daripada bermain di FIFA

Tapi kenapa kah perkara ini boleh terjadi? Bukan kah rakyat malaysia dan indonesia bagaikan abang dan adik dua negara islam dan ramai penyokong beragama islam?

Setelah admin selidiki perbuatan ini berlaku mungkin disebabkan perkataan atau perbuatan rakyat malaysia sebelum ini. Pada tahun 2012, penyokong Ultras Malaya telah menyanyikan lagu “INDONESIA ITU ANJING” di AFF SUZUKI 2012. Kejadian ini mungkin menyebabkan sesetengah penonton indonesia menyimpan perasaan marah kepada orang malaysia.

Tidak cukup setakat itu pada tahun 2014 segelintir penyokong malaysia telah mem ukul penyokong vietnam dalam separuh akhir piala AFF 2014

Inilah detik hitam sejarah bola sepak di negara kita malaysia tercinta ini. Admin harap pada masa hadapan, setiap peminat bola sepak boleh menerima kekalahan, tidak merusuh dan menunjukkan akhlak sebagai seorang muslim.  Hormat akan datang apabila kita rakyat malaysia menghormati rakyat negara lain. Moga selepas ini insiden seperti ini tidak lagi berlaku antara kita peminat bola.

6