PERASAN TAK KADANG-KADANG KUCING KITA PERHATIKAN RUANG KOSONG ATAU DINDING? KUCING DAPAT MELIHAT APA YANG MANUSIA TIDAK DAPAT LIHAT…

PERASAN TAK KADANG-KADANG KUCING KITA PERHATIKAN RUANG KOSONG ATAU DINDING? KUCING DAPAT MELIHAT APA YANG MANUSIA TIDAK DAPAT LIHAT…

Kucing mempunyai personaliti tersendiri yang unik. Gaya duduk yang comel, berjalan penuh keanggunan dan melakukan tugas dengan kehendak mereka sendiri, mereka adalah spesies yang menikmati ruang peribadi mereka.

Tetapi adakah anda sedar betapa haiwan berbulu ini menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan dipeluk oleh tuannya dan selebihnya, memandang ke ruang kosong? Terdapat alasan kukuh mengapa mereka banyak menghabiskan masa sebegitu.

Kajian pakar telah membuktikan bahawa kucing melihat lebih jauh daripada manusia. Kadang-kadang mereka dapat melihat sisi gelap dunia, iaitu pada waktu malam.

Mata manusia dipenuhi dengan bahagian kecil yang dikenali sebagai rod dan kon. Rod membantu kita melihat cahaya yang paling rendah, sementara kon membantu kita melihat kecerahan.

Walaupun kita dapat melihat pelbagai warna berbanding dengan kucing, tetapi kucing mempunyai kelebihan melihat dalam gelap 6 kali ganda daripada manusia.

Ini membantu haiwan ini untuk melihat dengan jelas walaupun dalam kegelapan. Mereka cenderung mengejar di sebalik zarah-zarah kecil yang muncul daripada sinar cahaya melalui tingkap atau perkara-perkara menarik perhatian mereka yang tidak dapat dicapai oleh mata manusia.

Mungkin sesetengah daripada kita tidak mengetahui tentang kelebihan yang ada pada kucing. Kucing memiliki banyak keistimewaan. Bagi mereka yang menganggap kucing tidak mempunyai keistimewaan mereka yang tersendiri, kini tahu kucing mempunyai mata yang sensitif dalam gelap atau pada waktu malam.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru

—————————————————————————————————————————————

BONUS : LAGI KISAH MENARIK MENGENAI KUCING UNTUK KORANG!!!

Korang Tahu Kenapa Kucing Suka Makan Rumput Hijau? Ini Sebabnya…

 

Kucing memakan rumput adalah untuk mengawal hairball ataupun gumpalan bulu. Memang sifat semulajadi kucing akan mencari rumput untuk buang hairball dalam perut kerana kalau tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan dan sebagainya.

Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usu dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera. Kucing akan makan rumput tersebut, dan akan memuntahkannya semula bersama gumpalan bulu/hairball.

Dengan memuntahkan hairball, perut kucing anda akan lebih selesa.

Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput.

Sebab itu kadang-kadang kucingdi luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!

Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut.

Awas kerana barangan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.

Tetapi, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.

Sumber : HimpunanCeritaLawak.com

 

1