Rakyat China Sangat Suka Makan Durian, Namun Hutan Kita Semakin Membotak Akibat

Rakyat China Sangat Suka Makan Durian, Namun Hutan Kita Semakin Membotak Akibat

RAUB: Peningkatan permintaan untuk durian di China dikatakan telah menyebabkan penebangan hutan di Malaysia, pencinta alam sekitar memberi amaran bahawa sejumlah besar hutan sedang dibuka untuk memberi jalan kepada ladang-ladang besar durian.

Durian merupakan sejenis buah-buahan tropika yang di gelar sebagai ‘raja buah-buahan’ oleh penggemarnya. Tetapi bagi yang tidak suka akan durian mengatakan durian berbau busuk.

Baunya yang kuat membuatkan banyak hotel di rantau ini telah melarangkan para tetamu untuk membawa durian masuk ke dalam bilik, sementara Singapura tidak membenarkan buah durian dibawa ke dalam kereta api bawah tanah.

Walau bagaimanapun, durian menjadi kegemaran penduduk di China, dan peningkatan permintaan telah mendorong pengeksport untuk bersaing pasaran yang lebih besar.

Peladang di Malaysia semakin beralih daripada kebun kecil ke operasi berskala industri – satu trend yang memberi amaran kepada alam sekitar, ancaman baru kepada hutan hujan yang telah dicabar oleh pembalak dan ladang kelapa sawit.

“Buat masa ini, durian mendapat banyak perhatian dari pasaran China,” kata Sophine Tann, dari kumpulan perlindungan alam sekitar Peka, yang telah telah mengkaji kesan perladangan durian terhadap hutan hujan.

“Penebangan hutan bertujuan untuk menanam durian adalah persediaan untuk memenuhi permintaan itu.”

Di kawasan hutan Raub di Malaysia tengah, pokok-pokok di kawasan hutan hujan telah ditebang untuk dibuka ladang baru, dengan anak-anak pokok durian yang dilindungi oleh kelambu ditanam di bukit yang kosong.

Ladang tersebut bersebelahan dengan kawasan hutan simpan, yang merupakan rumah kaleidoskop haiwan, dari monyet hingga burung eksotik.

Sungai, sekarang keruh dan penuh dengan batang dan ranting dari pembalakan. Satu papan tanda di luar ladang itu menyatakan bahawa ladang tersebut dijalankan oleh Ample Harvest Produce, tetapi kakitangan syarikat tersebut enggan mengulas apabila ditanya mengenai penebangan pokok di kawasan itu.

Peka berkata status tanah itu ditukar oleh kerajaan tempatan untuk membenarkan pembalakan, tetapi pihak berkuasa tempatan tidak memberi respons terhadap persoalan yang diajukan.

Sumber: ERA BARU

1