Ratusan Kucing Juga Terpe rangkap Dalam Gempa Bumi

Di sebalik kesedihan warga Kota Palu menghadapi dugaan berat tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda mereka, kelibat si comel di sebalik runtuhan bangunan turut mencuri simpati pengamal media.

Si comel dimaksudkan semestinya merujuk kepada nasib puluhan kucing yang ditemui wartawan di beberapa lokasi yang terjejas teruk akibat bencana seperti di Petobo, Sigi dan sekitar Palu.

Cukup menyedihkan apabila menyaksikan sendiri bagaimana haiwan peliharaan ini berada dalam keadaan tidak terurus malah ada yang mengalami luka atau kecederaan di beberapa bahagian badan, mungkin akibat terkena serpihan runtuhan.

Tidak kurang juga terdapat kucing-kucing berkeliaran, mengiau dalam keadaan lemah, seolah-olah sedang menanggung kesakitan dengan pergerakan lesu selain bentuk fizikal yang comot, kurus dan cengkung.
Pada pemerhatian wartawan, si comel ini seperti sedang mencari tuan mereka, yang tidak diketahui nasibnya, sama ada masih hidup atau sudah tewas dengan amukan gempa bumi dan badai tsunami.

Kucing atau ‘mangsa’ ini juga sering dilihat menguis di sebalik sisa runtuhan dan sampah yang bertaburan, mungkin sedang kelaparan dan mencari makanan untuk ‘survival’.

Persoalannya, di saat mangsa-mangsa tragedi yang lain menerima pelbagai bantuan dan sokongan daripada pelbagai agensi, sukarelawan dalam dan luar negara, adakah si comel ini tidak layak diberi perhatian dan bantuan?

Haiwan ini juga terdedah kepada pelbagai jenis kuman dan penyakit, apatah lagi luka dialami dilihat tidak diubati serta dihurung lalat, malah persekitaran yang dipenuhi serpihan runtuhan batu bata, cerucuk besi dan kaca bertaburan pasti juga berbahaya kepada haiwan kesayangan ramai ini.

Tambahan lagi, di saat bekalan air bersih dilihat sangat terhad, wartawan cukup khuatir jika haiwan ini hanya bersumberkan air minuman di lopak-lopak jernih dan kolam takungan yang pada hakikatnya cukup kotor, dipenuhi kuman malah tidak mustahil terdapat sisa mayat di dalamnya.

Semoga nasib haiwan yang turut merasai dahsyatnya bencana alam di Kota Palu ini mendapat perhatian sewajarnya.

Wartawan percaya, sifat kemanusiaan itu tidak terhad kepada membantu sesama manusia sahaja sebaliknya harus merangkumi kepada setiap ciptaan Allah SWT yang lain.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan –

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter dan tsunami yang melanda Palu setakat ini telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan akibat tragedi berkenaan.  ASTRO AWANI

1