Reaksi Kucing Apabila Diberi Makan Pan Kek

Reaksi Kucing Apabila Diberi Makan Pan Kek

Apabila Kenzie Jones terpaksa bekerja di luar bandar, beliau telah meminta pertolongan teman lelakinya, Chase Stout menjaga anak kucingnya dan jangan lupa memberinya makan.

Dan Chase Stout membuktikan sikap dedikasi kepada teman wanitanya dengan menyediakan hidangan yang istimewa buat anak kucing tersebut.

Pasangan ini telah mengambil seekor anak kucing yang dinamakan Mr. Wilson yang menjadi kesayangan dan kemanjaan Kenzie Jones. Anak kucing yang comel ini terus menjadi mesra dengan tuan barunya dan dapat menyesuaikan diri dengan Kenzie dalam masa yang singkat.

Chase tidaklah berapa menggemari dalam menjaga anak kucing tersebut. Tetapi beliau tetap membantu memberikan makanan kepada anak kucing ini sekali sekala. Manakala Kenzie amat menyayangi Mr Wilson dan Huey, anjing peliharaan mereka.

Mereka ini bertuah kerana sering dimanjakan oleh Kenzie. Oleh itu, apabila Kenzie meninggalkan kedua haiwan peliharaan ini kepada teman lelakinya Chase, beliau berasa agak risau.

Chase memberitahu Love Meow, “Teman wanita saya memesan kepada saya supaya tidak lupa memberikan sarapan kepada anak kucingnya.”

Chase mendapat idea untuk menunjukkan komitmen kepada teman wanitanya dalam memastikan anak kucing itu dijaga sempurna apabila beliau telah bersarapan dengan Mr. Wilson dengan menyediakan hidangan istimewa hanya untuk anak kucing ini. Chase membuat pankek untuk sarapannya dan telah memutuskan untuk menyediakan versi pankek mini yang comel untuk Mr. Wilson juga.

Chase memberitahu Love Meow, “Saya teringin sangat untuk memakan pankek tetapi saya tidak boleh mengenepikan Mr. Wilson, jadi sambil membuat tiga yang besar untuk saya, tiga yang kecil dan mini juga dibuat untuk Mr. Wilson mengikut saiznya.” Katanya,”Saya mendudukkan ia di atas meja di dapur dan bersarapan pankek bersama saya.”

Walaupun kucing lebih sukakan makanan kucingya, Mr.Wilson menghargai usaha dan dedikasi Chase menjaganya dengan baik apabila menjilat dan memakan sedikit pankek itu. Semasa berada di rumah, Mr.Wilson suka bermain dan bermesra dengan Huey, anjing peliharaan dari baka German Shephard.

Huey amat gemar mendakap anak kucing ini di sisinya. Mr.Wilson menyanjungi Huey dan Huey menjaga dan melindungi Mr.Wilson seperti anaknya sendiri.

Anak kucing comel ini telah membawa kegembiraan kepada keluarga Kenzie dan Chase sejak dari hari pertama lagi. Chase Stout berasa gembira dan berbangga melihat mereka melindungi satu sama lain dan menjadi sahabat baik.

Mr. Wilson memberi pengiktirafan kepada Chase Stout yang beliau adalah ayah yang baik dan memberinya dakapan mesra. Mr.Wilson yang comel!

Sumber: ERA BARU

 

 

1