Reaksi Kucing Apabila Dimandikan Yang Akan Membuatkan Anda Tersengih

Reaksi Kucing Apabila Dimandikan Yang Akan Membuatkan Anda Tersengih

Memandikan kucing bukan satu perkara yang mudah. Kebanyakan kucing takut akan air, jika kucing anda tidak takut air, anda adalah sangat beruntung.

Untuk memandikan kucing memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kebanyakan kucing akan meronta-ronta ketika dimandikan untuk mengelak daripada diri mereka basah.

Tetapi seekor kucing yang diberi nama ‘Cute Mimi’ oleh pemiliknya, Cik Liao sangat mudah untuk dimandikan. Bahkan, Mimi hanya dimandikan di sinki tanpa sebarang masalah.

Menurut Cik Liao, Mimi akan menunggu Cik Liao pulang daripada kerja setiap hari untuk menuntut snek kegemarannya.

Mimi selalu dimandikan di sinki dengan diletakkan di dalam periuk besi. Mimi kelihatan santai dan tidak meronta-ronta ketika dimandikan. Apabila ditanya mengapa Mimi dimandikan di sinki, Cik Liao menjawab bahawa ia lebih memudahkan kerana Mimi suka dimandikan sebegitu.

Selain mudah dimandikan, untuk memotong kuku Mimi juga merupakan kerja yang mudah. Walaupun Mimi kelihatan sedikit meronta, tetapi setelah dipujuk, Mimi akan duduk diam. Berdasarkan rakaman video, untuk menyelesaikan pemotongan semua kuku hanya mengambil masa 1 minit dan 5 saat.

Menurut Cik Liao, Mimi adalah seekor kucing jalanan. Cik Liao kesian apabila melihat Mimi disepak oleh kanak-kanak nakal di pasar sayur-sayuran.

Oleh itu, Cik Liao mengambil keputusan untuk memeliharanya. “Mimi berusia tiga bulan ketika saya mengambilnya di pasar. Mimi adalah kucing pertama saya dan saya tidak pernah memelihara kucing sebelum ini,” kata Cik Liao.

Pada ketika itu, Cik Liao juga ada memelihara seekor anjing yang diberi nama Dudu. Pada mulanya Cik Liao risau Dudu tidak dapat menerima kedatangan Mimi di rumahnya. Tetapi jangkaannya meleset, Dudu sangat sukakan Mimi dan mereka menjadi kawan baik.

Video Mimi dimandikan di sinki dengan diletakkan di dalam periuk besi telah tular di media sosial, dan rata-rata netizen memuji Mimi yang berkelakuan baik ketika dimandikan.

Sumber: ERA BARU

2