Remaja Ini Suka Makan Daging Babi, Apabila Diperiksa Otaknya…

Remaja Ini Suka Makan Daging Babi, Apabila Diperiksa Otaknya…

Pernah tak anda memakan daging  babi separuh masak? Apakah yang akan berlaku jika anda memakannya separuh masak?

“Bayangkan otak anda di pe nuhi telur telur cacing” Ya itu boleh terjadi sekiranya anda GAGAL menjaga kebersihan. Kes unik ini telah mendapat perhatian seluruh dunia dan telah di laporkan didalam Journal perubatan yang terkenal untuk perkongsian bersama.

Seorang remaja berumur 18 tahun dari Faridabad, India sedang melakukan aktiviti hariannya tiba-tiba rebah ke lantai. Saksi menyatakan beliau mengalami kejang otot pada tangan dan kakinya. Giginya tertutup ketat, kelopak mata terbuka dan mata memandang ke atas dan tidak sedarkan diri. Buih buih keluar dari mulut.

Beliau dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pemeriksaan dan ujian telah dilakukan. Ujian scan otak menemui penemuan yang sungguh mengejutkan.

Drs. Nishanth Dev dan S. Zafar Abbas yang merawat mangsa mengesahkan bulatan bulatan putih aneh yang di lihat di filem disahkan merupakan telur telur cacing pita yang telah bersarang di otak. Bukan sahaja di otak, telur cacing pita itu juga ditemui di mata dan buah zakar remaja terbabit.

Doktor telah memberikan ubat radang dan remaja tersebut diarahkan pulang. Namun malangnya, beliau gagal di selamatkan dan meninggal dunia selepas dua minggu menerima rawatan.

Mengapakah cacing pita boleh bersarang di otak mangsa ini? Faktor sanitasi dan kebersihan.

Memakan daging yang dijangkiti parasit ini juga menyebabkan taeniasis. Remaja malang berkenaan sebelum dikatakan memang gemar memakan daging babi separuh masak.

Sumber: SIAKAP KELI

 

4