Rezeki Tak Diduga Selepas Beri Kucing Makan

Rezeki Tak Diduga Selepas Beri Kucing Makan

Satu kisah tentang kucing yang meminta makanan kepada seorang pemuda bernama muhammad aidil telah viral di internet. Kucing yang lapar itu datang memegang kaki muhammad aidil untuk meminta sedikit makanan

“KUCING itu dihantar Allah nak tengok hang bantu dia ke tak.” Itu reaksi seorang rakan terhadap Muhammad Aidil Zharif Zaikimi, 19, selepas seseorang membayar makanannya sebaik memberi kucing makan, baru-baru ini. Peristiwa itu berlaku di sebuah restoran di Alor Setar, Kedah ketika penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu bersarapan sebaik selesai solat Subuh.

Mungkin nilai yang dibayar tidak sebesar mana namun ia sudah cukup menggambarkan keberkatan kerana hanya beberapa minit selepas dia memberi makan kepada haiwan jalanan itu. Muhammad Aidil Zharif berkata, ketika itu restoran terbabit baru saja dibuka dan terdapat tiga pelanggan termasuk dia.

“Mula-mula saya terdengar bunyi mengiau dan kemudian datang dekat saya. Saya pun memberi ayam goreng dan kucing itu terus makan mungkin disebabkan kelaparan. Sebaik selesai makan, saya beratur di kaunter untuk membayar tiba-tiba pekerja terbabit memberitahu sudah ada orang membayar.

“Saya tertanya-tanya siapa yang membayar sedangkan saya tidak mengenali pelanggan yang makan ketika itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. Susulan itu, Muhammad Aidil Zharif memuat naik status di Twitter. Status berkenaan mendapat lebih 20,000 tanda suka serta 15,800 ulang ciapan dari kalangan warga maya.

Rata-rata memuji perbuatan Muhammad Aidil Zharif selain netizen berkongsi kisah masing-masing mendapat rezeki tidak terduga.

Sumber:  HARIAN METRO

2