Ribuan Haiwan Lari Menyelamatkan Diri Daripada Api

Ribuan Haiwan Lari Menyelamatkan Diri Daripada Api

Kejadian yang berlaku di hutan amazon amat menyedihkan dan memberi kesan kepada haiwan dan juga manusia. Hutan amazon membekalkan 20% oksigen kepada bumi dan juga menjadi tempat tinggal haiwan disitu.

Beberapa keping gambar haiwan sedang melarikan diri daripada hutan itu telah tersebar meluas dalam internet dan mengundang rasa simpati manusia yang melihat haiwan kehilangan rumah, sumber makanan dan minuman.

Bahkan ada juga haiwan yang melompat ke dalam air untuk menyelamatkan diri daripada Api. Sekeping gambar yang viral di internet selepas ada sukarelawan yang bertindak menyelamatkan harimau yang sukar untuk berenang selepas lompat dalam air demi menyelamatkan diri

“Apa yang kita saksikan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti penebangan hutan sejak kebelakangan ini,” kata ketua Program Amazon Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Ricardo Mello.

Kebakaran hutan kerap berlaku sepanjang musim panas yang ber­akhir pada hujung bulan Oktober atau awal November ketika tanah diratakan bagi tujuan pertanian atau dijadikan kawasan ragut. Bencana itu menyebabkan asap tebal naik ke udara dan menyelubungi beberapa buah bandar di Brazil sejak beberapa hari lalu sehingga memaksa laluan penerbang­an dilencongkan.

Statistik terbaharu itu diumumkan ketika Bolsonaro dikritik ekoran retorik antialam sekitar­nya, yang mendorong pembalak, pelombong dan petani menjadi lebih berani untuk melakukan ke­rosakan termasuk pembakaran di Hutan Amazon. Menurut INPE, Brazil menca­tatkan kes kebakaran hutan paling banyak di rantau Amazon tahun ini diikuti oleh Venezuela dengan 26,453 kes dan Bolivia yang mencatatkan 16,101 kebakaran hutan. – AFP

2