Rupanya Kucing Aku Terjatuh Daripada Tingkat 3

Rupanya Kucing Aku Terjatuh Daripada Tingkat 3

Seorang wanita bernama Eiyka Kasandra telah memuat naik gambar kucing nya yang terjatuh daripada tingkat 3 di dalam group FB Kelab Pencinta Kucing malaysia.

Menurutnya, kejadian berlaku semalam amat tidak disangka. Ketika suaminya baru sahaja sampai ke rumah dan ingin naik ke tingkat rumahnya. Dia telah disapa oleh seekor kucing putih yang meow seperti minta sedikit bantuan untuk makan.

Suaminya terus menoleh ke arah suara tersebut dan mendapati kucing patah rahang yang sedang memanggilnya. Oleh kerana kecederaan di wajahnya dia telah membatalkan niat sebab tak tahu nak beri kucing itu makan apa kerana gigi nya juga telah patah.

Sampai sahaja di rumah, baru dia perasan yang kucingnya 2 ekor telah hilang dan rupanya kucing yang memanggilnya tadi di bawah adalah kucing nya. Patutlah hampir sama rupanya kucing nya terjatuh daripada tingkat 3. Dia telah memuat naik gambar kucingnya serta caption.

Allahu Akhbar!😭 Tdi suami baru smpai rumah kate nya ade kucing duk meow kat die mcm nk makan.. Tp bile tgok mcm tk bole nk bg makan sbap rahang gigi patah.. So tk thu nk bg makan ape.. Bile suami smpai rumah die baru perasan yg kucing tkde dua ekor kat umah.. Rupenya yg duk meow kat laki aku tuh kucing kiteorg sndiri.. 😭😭 die jatuh dr tgkat 3 weh.. 😢 rahang patah, dah nampak tulang kat badan.. Korang rase klinik mne yg ade kat area sg buloh nih yang bole rawat die.. 😭 aku tak kuat lagiiii.. Dh lah aku ad kat hospital accident.. 😭😭 kaki isi hancur, nak balik tk thu bile.. Arghhh.. Dugaan bulan puasa nih.. 😭😭

1