Rupanya Masih Ada Lagi Insan Berhati Mulia Seperti Abdul Bari Di Malaysia

Rupanya Masih Ada Lagi Insan Berhati Mulia Seperti Abdul Bari Di Malaysia

Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya mayat pemancing yang hilang ketika menyelamatkan empat mangsa kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan Jumaat lepas ditemukan kira-kira pagi semalam.

Mayat Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung di kawasan muka kuala Tanjung, Sungai Terengganu iaitu kira-kira 2.5km dari lokasi kejadian.

Rata-rata rakyat Malaysia turut berduka dengan kehilangan serta pengorbanan yang ditunjukkan mangsa demi untuk menyelamatkan orang lain.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri antara yang terpanggil untuk meluahkan rasa sedih serta berterima kasih kepada beliau kerana menunjukkan akhlad yang baik kepada anak muda yang lain.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALMARHUM ABDUL BARI ASYRAF

1. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Abdul Bari Asyraf atas pemergiannya dalam insiden kenderaan pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, malam kelmarin.

2. Sesungguhnya, pengorbanan almarhum untuk menyelamatkan mangsa-mangsa insiden berkenaan adalah amat mulia dan dengan izin-Nya, termasuk dalam kategori syahid, insyaAllah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، وَالمَبْطُونُ، وَالغَرِقُ، وَصَاحِبُ الهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Orang yang mati syahid ada 5 kategori: Mati kerana wabak taun, mati kerana sakit berkaitan perut, mati lemas, mati dihempap runtuhan, dan mati syahid ketika berperang di jalan Allah. [Riwayat al-Bukhari, no. 2829]

3. Almarhum adalah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya yang terpuji. Kami mencadangkan agar keluarga beliau, juga penyelamat-penyelamat lain diberi anugerah yang setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

4. Alhamdulillah di sebalik musibah ini, Allah menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang akan mencontohi almarhum.

5. Kami akhiri dengan lafaz ( إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَهُ ، وَارْحَمْـهُ ، وَعَافِهِ ، وَاعْفُ عَنْـهُ ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـهُ ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَهُ ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمَـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدِ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخَطَـايَا كَمَا نَـقَّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسِ،وَأَبْـدِلْهُ دَارًا خَـيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلًا خَـيْرًا مِنْ أَهْلِـهِ ، وَزَوْجًا خَـيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّةَ ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَـبْرِ وَعَذَابِ النَّـارِ

Sumber: SIAKAP KELI

1