Sebak Hati Tengok Pengemis Memeluk Anak Di Jejantas

Sebak Hati Tengok Pengemis Memeluk Anak Di Jejantas

Viral di media sosial gambar seorang lelaki OKU bersama anak lelakinya membuatkan netizen tersentuh melihat anak beranak itu mengemis di jejantas.

Beberapa laman Facebook mendakwa dua beranak itu ditemui di kawasan KLCC dan ada pula dakwaan mengatakan mereka berada di Pudu. Tetapi segala dakwaan itu adalah tidak tepat.

Difahamkan, gambar-gambar itu dimuat naik oleh laman Facebook Mackhipelago pada September lalu yang menunjukkan si bapa memanjakan anaknya di jejantas yang penuh sesak dengan manusia.

Si bapa dan anak menunggu pejalan kaki yang bersimpati dan memberikan wang kepada mereka.

“Apa yang membuatkan anda bahagia dalam hidup ini?

“Pada petang Khamis, saya keluar dan turun di Stesen BTS Onut untuk membeli barang dapur. Saya ternampak lelaki OKU ini dengan anak lelakinya duduk di lantai jejantas menunggu sumbangan dari orang lalu lalang.

“Saya nampak mereka sangat bahagia bersama. Mereka memandang sesama diri dengan pandangan kasih sayang tanpa mengira situasi yang mereka sedang hadapi.

SumberTHE REPORTER

2