Sebuah Video Menunjukkan Bukti Muhammad Adib Tidak Dilanggar Jentera Bomba

Sebuah Video Menunjukkan Bukti Muhammad Adib Tidak Dilanggar Jentera Bomba

Sebelum ini tular satu rakaman video mengatakan Muhammad Adib, seorang anggota bomba telah diselamatkan oleh sekumpulan orang India yang berada di tempat kejadian kerana dikatakan telah terlangggar dengan Jentera bomba.

Video tersebut mula viral beberapa hari yang lalu dan tersebar meluas di Facebook kerana ingin menegakkan keadilan, namun kawan kepada muhammad adib segera menafikan individu di gambar di bawah adalah muhammad adib dan telah membuat pengakuan bahawa individu tersebut adalah dirinya.


Hari ini tersebar lagi sebuah lagi Rakaman video menunjukkan anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim tidak dilanggar jentera pemadam api (FRT) dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini pada 27 November lalu kini tular di laman-laman sosial.

Video tersebut jelas menunjukkan anggota tersebut yaitu kawan adib sempat mengelak ketika jentera tersebut berundur ke belakang.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukkan bagaimana jentera FRT milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengundur ketika diseerang oleh orang awam. Dalam video tersebut tidak menunjukkan mana-mana individu berada di belakang jentera terbabit.

Dengan penularan video itu jelas menunjukkan Muhammad Adib tidak dilanggar. – UTUSAN ONLINE

4