Sebulan Setelah Rumahnya Hangus Kerana Terbakar, Anjing Ini Kembali Menjaga Rumah

Sebulan Setelah Rumahnya Hangus Kerana Terbakar, Anjing Ini Kembali Menjaga Rumah

Seekor anjing yang terselamat dalam kebakaran besar di California baru-baru ini ditemui sedang menunggu di rumah ketika keluarga ini akhirnya pulang ke rumah beberapa minggu selepas diarahkan berpindah keluar.

Kisah menakjubkan ini telah dikongsikan di Facebook oleh K9 Paw Print Rescue…

“Ibu bapa Madison (anjing) tidak boleh pulang ke rumah untuk mengambilnya ketika kebakaran itu sedang merebak. Mereka hanya mampu berharap dan berdoa agar anjing itu selamat.”

“Apabila mereka akhirnya dibenarkan pulang ke rumah… Madison sedang menunggu ketibaan mereka seolah-olah dia sedang melindungi rumah itu.”

Shayla Sullivan, salah seorang pekerja penyelamat mendakwa bahawa semasa sedang melakukan kerja-kerja sukarelawan, dia kerap melihat Madison di kawasan tersebut.

Kata Shayla, “Saya sangat gembira apabila Andrea dibenarkan pulang ke rumah dan mendapati Madison berada di situ!!!! Madison telah menunggu di rumah untuk menjaga apa yang masih ada dan tidak pernah berputus asa dengan keluarganya.”

Sementara itu, pemilik Madison iaitu Andrea Gaylord memaklumkan bahawa pertemuan semula antara dia dan Madison benar-benar menyentuh hati dan perasaan.

“Bayangkan kesetiaan anjing ini untuk menunggu keluarganya meskipun semasa keadaan yang buruk. Ianya sangat menyentuh jiwa.”

Kebakaran besar ini dilaporkan bermula di California pada 8 November lalu dan telah menjilat hampir 150,000 ekar kawasan! Hanya sebulan kemudian iaitu pada 6 Disember barulah api ini berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Kebakaran Camp Fire ini juga telah memusnahkan hampir 14,000 kediaman dan 4,800 bangunan lain serta memaksa pihak berkuasa untuk memindahkan puluhan ribu penduduk keluar dari kawasan terbabit.

Lebih teruk lagi, insiden ini telah mengorbankan 85 nyawa selain mengakibatkan kecederaan kepada tiga anggota bomba.

Sumber: ERA BARU